Tuesday, May 3, 2016

REUNION STMAA Batch 90-94

Kata orang jika mahu melihat sahabat yg ikhlas berdamping denganmu,
lihatlah sahabat zaman kecil atau sahabat yang bersekolah bersamamu.
Mereka menerima kita tanpa ada kepentingan kerana kita tidak punya apa-apa.
Mereka adalah sahabat yang tulin.

Seiring perkembangan teknologi informasi dan media sosial,persahabatan yang terputus dahulu sudah mampu di pertautkan kembali menjadi sebuah silaturahim yg tiada berpenghujung.
Tidak terkecuali dengan persahabatan di antara bekas pelajar kumpulan tahun 90'-94' Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz Sungai Siput (U) Perak atau singkatannya STMAA.

Bermula dengan komunikasi di Facebook sehinggalah kepada medium aplikasi WhatsApp, 
persahabatan antara bekas pelajar STMAA semakin erat dan mesra.
Walau akhir-akhir ini bermacam berita dan cerita tidak baik yang berlaku didalam masyarakat di sebabkan oleh salah guna medium perhubungan seperti WhatsApp,We Chat,Twitter dan Facebook namun kumpulan bekas pelajar STMAA sessi 90'-94' sering di beri peringatan dan garis panduan dalam berhubung di laman sosial.

Kami sangat menghormati latar belakang semua ahli dan sangat menjaga sensitiviti dari segi perkahwinan,agama,bangsa dan pegangan politik dalam berkomunikasi dan berhubung.
Mujurlah sikap kami yang sangat ukhwah sejak dari bersekolah membuatkan semua ahli sangat menghormati antara satu sama lain.

Reunion bekas pelajar STMAA sessi 90'-94' tercetus dari keinginan dan hasrat untuk merealisasikan impian untuk bersua setelah ada yang hampir 22 tahun tidak pernah bertemu muka.

Akhirnya 1 May 2016 menjadi tarikh keramat untuk bekas pelajar ini menjejak ke dunia lebih realiti bukan setakat bicara di ruang maya.

Mengambil masa selama dua bulan merangka publisiti dan mencetus keterujaan berpanjangan akhirnya percikan dari bintang-bintang bekas pelajar yang bertindak sebagai pengerusi bekas pelajar sessi 90-94 Pn. Siti Munirah Othman.    Yang berusaha Puan Urusetia Roziah Ngah Amri,Penyunting visual dan pengacara majlis Tn. Ahmad Junaidi Bin Repaie,Ahli-ahli jawatankuasa yang berkaliber Encik Kamarul Bahrin, Encik Yusof, Encik Rohasnain,Encik Mohd Razman dan Puan Fairus sebagai penyambut tetamu dan pendaftaran.
Serta penyedia cenderahati dan kain rentang majlis Pn. Nur Azleena.
Tak lupa juga ucapan setinggi-tinggi terima kasih pada bekas pelajar yang sudi memberi sumbangan hadiah-hadiah cenderamata untuk acara cabutan bertuah.

Tetamu jemputan pula adalah Cikgu Kamaruddin yang merupakan bekas guru yang pernah menjadi guru disiplin dan guru pengawas yang sangat tegas suatu waktu dahulu.
Mungkin agak pelik mengapa kami sangat menyanjungi beliau walau ramai antara bekas pelajar STMAA pernah di hukum dengan rotan dan ada juga yang pernah di tampar.

Namun percayalah...,kerana ketegasan dan prinsip beliaulah ramai di antara kami menjadi insan yang lebih matang dan menghargai ilmu.

Beliau memang seorang guru yg hebat.
Benar-benar guru yang ikhlas dalam memberi tunjuk ajar dan memupuk rasa hormat diri tinggi pada gelaran dan tugas seorang guru.

Alhamdulillah majlis ini akhirnya dapat mengumpul hampir 80 orang bekas pelajar STMAA sessi 90-94.
Kehadiran bukan sahaja dari bekas pelajar di negeri Perak malah yang datang dari Johor,Negeri Sembilan,Kuala Lumpur,Melaka,Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Lebih manis lagi Saudara Gogula Balan yg menetap di USA juga turut teruja untuk turut serta hadir memeriahkan majlis.

Terialisasinya majlis ini dapat juga mengumpul sedikit sumbangan dari bekas pelajar utk di salurkan demi kecemerlangan pelajar STMAA. 
Semoga sedikit sumbangan ini dapat menyuntik semangat motivasi pelajar STMAA utk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.






 

Ucapan berapi dari Presiden majlis.... Puan Siti Munirah Othman...
Sempat berposing sebelum majlis bermula...😝😝😝

Pengerusi majlis yang agak poyo...😅
Sibuk bertegur sapa dari meja ke meja...
Umi Bauyah hampir 24 tahun tak berjumpa...😂
22 tahun tidak ketemu...😭
Cikgu Kamaruddin sedang berucap....
Memotong pulut kuning sebagai tanda perasmian majlis...


Sessi nyanyian karaoke menghiasi slot hiburan.
Jenaka dan kelakar menghiasi hari-hari indah.
Bergambar sebagai kenang-kenangan...

Kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing.


Pengacara majlis yang hansem n awesome Tn. Ahmad Junaidi...👆🏻👆🏻👆🏻

Serta Puan Urusetia yang manis dan manja Roziah Ngah Amri...😍😍😍👇🏻

No comments:

Post a Comment