Friday, April 8, 2016

Mati itu pasti....

Pemergian Arwah Mohd Yusof B. Abdul Hamid atau lebih di kenali sbg Mr. Os pada hari jumaat yg mulia ini membuatkan aku tiba2 teringat pada arwah abangku Nazmi B. Othman.

Kita tahu, permulaan yang baik tidak semestinya berakhir dengan pengakhiran yang baik.
Permulaan yang buruk tidak semestinya berakhir dengan pengakhiran yang buruk. 

Antara permulaan dan pengakhiran itu ada jalan yang perlu kita lalui. 
Perjalanan itulah yang perlu kita urus dan jaga. Permulaan yang baik memandu kita untuk berada di atas jalan yang baik. 
Apabila kita berada di atas jalan yang benar dan baik, pasti kita akan sentiasa mengharap dan menuju kepada pengakhiran yang baik.

Allah mengangkat darjat seseorang hambanya bukanlah bergantung kepada permulaan yang baik dalam kehidupannya, tetapi kebaikan yang dilakukan semasa perjalanan kehidupannya.
***~~~~

Abang Mi merupakan anak sulung kpd kami 11 beradik.
Tumbuh sbg anak yg sangat di senangi ramai orang. 
Dalam keluarga besar kami beliau tidak banyak ragam,rajin dan agak pendiam.

Dalam banyak urusan rumah; mak selalu mengharapkan abang kerana abah selalu tiada
kerana bertugas sbg buruh hutan.
Abang tidak pernah mengeluh...

Ya...,keluarga kami memang serba kekurangan.
Namun kenangan membesar dalam keadaan susah dan sukar tidak pernah membuatkan hidup kami merasa tidak indah.

Kami sangat senang walau hanya mampu tidur di atas sekeping tikar plastik beralaskan papan.
Kami masih nikmat menghirup sejuknya air dari muncung pili di dapur.
Kami terasa sangat mewah walau makan nasi dgn kuah tanpa ada lauk.
Kami berbangga mampu membasuh kain berbesen2 dgn kudrat tangan.
Kami bahagia menatap sebiji peti televisyen yg hanya punya dua kaler.

Ah.......... Kalian mesti berkata itu biasa... 
Hidup zaman itu memang biasa....
Tidak..... 
Waktu kami sedang tumbuh dlm usia itu negara sedang rancak berubah.
Di setiap rumah pasti punya semua peralatan elektrik dari periuk nasi hinggalah kpd mesin cuci kain.
Tapi mak dan abah tetap dgn ideologi kuno mereka. 
"Ukur baju di badan sendiri"
Mereka memang pantang berhutang.

Berbalik kpd kisah abang....
Abang sejak kecil kuat menyendiri dan bila besar dia semakin kuat menyendiri.
Namun sikap penyayang,ambil berat dan prihatinnya masih sama.
Cuma sikap abang semakin berubah bila melanjutkan pelajaran di selatan tanahair.

Sehinggalah pada suatu hari mak mendapat panggilan dr tempat abang belajar.
Mak dan abah bergegas ke sana.
Dua hari kemudian mak dan abah membawa abang pulang.

Aku bertanya pada Kak Ngah yg waktu itu sedang bercuti dr Maktab di Johor.
Kak Ngah hanya berkata bahawa abang demam kuat.

Menjelang tengahari..,aku lihat abang Mi sedang menghimpunkan daun2 kering di belakang rumah yg belum sempat lagi aku sapu.

Dia kemudian membakar daun2 itu... 
Bila api semakin marak dia mula terkinja2 menjerit2 menari mengelilingi api.

Aku melihat ke arah mak....
Aku pandang wajah abah.....
Aku tatap wajah abang dan kakak yg lain...
Aku toleh wajah adik yg sama2 melompat keriangan melihat tingkah abang Mi.
Aku yg waktu itu baru berusia 10 tahun sudah makin mengerti..............

Abang sulungku sudah tidak waras lagi.....

Sejak itu bermula episod2 penuh haru dan celaru.
Aku merasa hidup serba kekurangan dulu tidak pernah menghampakan tapi hidup dgn  keadaan abang yg tidak menentu adalah konfrantasi terbesar dalam keluargaku.

Usaha berjalan seiring masa yg berlalu....
Tak pernah jemu mak berusaha mengubati abang. 
Sehinggalah bila keadaan semakin sukar di kawal mak mulai redha bila Hospital Bahagia menjadi rumah kedua abang.

Abang dan kami hidup dalam dunia penuh demensi. 
Ada byk warna pelangi namun ada juga ribut di tengahari.

Tahun berganti tahun....

Sehingga usia ku sudah makin dewasa dan punya anak;
abang masih kekal dalam versi dunia fantasinya.

Ya...,abang Mi memang di cop orang gila namun dia sentiasa berbuat baik pada semua orang.

Kadang kala mak tak mampu juga bersabar bila ada shj kucing yg dia kutip atau orang yg susah dan tidak berumah yg dia bawa pulang.

Dia akan memberi baju2 baharu yg dia punya.,menyediakan tempat tidur di dalam bilik dan memastikan orang itu bersolat setiap hari.
Dia juga akan memaksa mak memasakkan makanan yg sedap2 buat tetamunya.

Kadang tetamu abang yg tanpa di undang itu hanya betah duduk di rumah seminggu. Kemudian akan meminta izin utk pergi mencari pekerjaan dgn di bekalkan duit oleh abang.
Abang memang sentiasa punya duit kerana adik2nya tidak pernah lupa memberi wang belanja bulanan utk abang.

Aku antara yg terlalu kasih dan selalu memberi perhatian padanya. 
Mujur suami juga antara orang yg sangat di sayangi abang kerana selalu menurut apa sahaja pemintaan dan kemahuan abang.
Mak dan abah juga sudah terlihat kuat dan tabah.
Tiada hidup tanpa ujian dan tiada iman tanpa dugaan.

Sehinggalah detik itu...
Abang mulai sakit kuat kerana menderita radang paru2 yg disyaki tibi.
Tubuh abang makin kurus dan kecut.
Kadang-kala Abang sudah tidak mampu berjalan.
Abang lebih banyak berbaring di katil.
Bila keadaan abang makin tenat mak terpaksa menghantar abang ke hospital walau abang tidak mahu.

Hari pertama di hospital...,Mak meminta sehelai lampin pakai buang kerana semua barang2 abang tertinggal dirumah. 
Nurse di hospital tidak mengendahkan pemohonan Mak walau Mak berjanji akan mengantikan semula ptg nanti.

Akhirnya Mak terpaksa pulang kerumah walau berat sungguh rasa dihati.
Sebelum pulang Mak sempat berpesan kepada doktor agar memantau abang yg berada dlm keadaan tak tentu arah kerana hampir 2 hari tidak boleh tidur kerana menahan k'sakitan. 

Mak meminta doktor memberikan abang ubat tidur.., tetapi doktor kata masih tidak perlu... 
Akhirnya Mak pulang juga kerumah kerana tiada siapa yg mak dpt hubungi utk membantu waktu itu.
Sampai dirumah jam sdh hampir pukul 4ptg. Setelah solat dan lansung memasak utk Abah berbuka puasa., 
Mak mahu bertolak ke hospital dan bercadang utk tidur disana mlm itu. 
Tetapi telefon yg berdering2., membantutkan langkah Mak. 
Dihujung talian.., mesej ringkas dari doktor menyatakan abang sudah meninggal jam 5:15 ptg jumaat pada Ramadhan ke-4 dimana hari yg sama dan waktu yg sama ia dilahirkan didunia ini 43 thn yg lalu. 

Dlm tangisan yg tak tertahan Mak dan adik segera ke Hospital. 
Melihat keadaan jasad abang yg seakan bermandikan darah Mak jadi pelik. 

Adakah abang jatuh sehingga cadarnya dipenuhi darah..? 

Akhirnya persoalan tersebut terjawab. 
Branula iaitu set line utk drip ditangan abang tercabut dan menyebabkan darah memancut keluar tak berhenti2. 
Tiada seorang nurse pun yang menyedari sehingga pesakit dikatil sebelah menjerit ketakutan. 

Doktor dan nurse berusaha utk menyelamatkan abang tetapi abang sudah kehilangan byk darah... 

Ya..., siapa yg mampu menolak ajal..., tetapi biarlah bukan kerana kecuaian pihak yg kita gantungkan sepenuh harapan utk membantu memantau keadaan pesakit. 

Abang memang pesakit mental dan sudah agak lama menderita sakit radang paru2 dan keadaannya juga sudah kronik. 
Adakah faktor itu membolehkan mereka memperlakukan pesakit seperti itu..??

Doktor yg merawat abang berkali2 memohon maaf kerana tidak sempat memasukkan darah bagi mengantikan darah abang yg hilang.

Apa yg pasti Mak dan Abah redha dgn pemergian abang dan kami sekeluarga tidak mahu memanjangkan kes tersebut. 
Sesuatu punca kematian itu hanya sebagai sebab..., dan ketentuan ajal itu sudah tersurat di Loh Mahfuz... 

“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)

Sesungguhnya kita hamba yg hanya bergantung atas redha dan ikhsanNya sahaja.
Moga abang tenang disana..., dan ditempatkan disyurga yg selayaknya utk insan sepertinya...

Amin.... Amin... Amin...... Yarabbalalamin......