Saturday, March 21, 2015

HUDUD PAS

Aku bukan mahu berbicara sangat mengenai HUDUD kerana sbg muslim aku berpegang pada Al-quran dan As-sunnah.

HUDUD itu tuntutan namun dlm senario politik Malaysia mendaulahkan HUDUD adalah satu impian yg sukar.
Kecualilah PAS punya majoriti dlm Parlimen atau Revolusi berlaku suatu ketika nanti.
Itu asas dan kebenarannya.

Yang menyebabkan aku terlintas utk menulis status mengenai HUDUD kerana aku sebenarnya sedikit musykil dgn pendirian terbaru PAS yg tidak sabar-sabar utk mewartakan enikmen jenayah Syariah & HUDUD di Kelantan. 
Adakah PAS ikhlas berjuang utk mendaulahkan HUDUD atau PAS sebenarnya memang tidak pernah mahu HUDUD itu terlaksana...!?

PAS seakan seronok mensensasikan isu HUDUD kerana tahu ramai muslim yg faham hukum mempertikai atau menolak HUDUD adalah dosa besar.
PAS merasa selesa meraih sokongan segera dr Umno dan dr pengikut dan penyokong mereka Am nya.

PAS rasa berbangga dan bebesar hati kerana HUDUD yg mereka perjuangkan telah mendapat kepercayaan dr seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan termasuk dr Umno dan PKR.

PAS meyakini bahawa perjuangan memartabatkan Islam dan Melayu akan menemui jalan cerah dgn sokongan Umno.

Adakah PAS semakin biol dan hilang akal dlm menterjemah sokongan dan dokongan Umno...!?
Umno dengan senang hati kembali menangguk di air keruh dlm isu HUDUD bila melihat permuafakatan  PR mulai retak menanti belah.
Dengan cara menyatakan sokongan pd PAS membuatkan PR makin panas hati...
Nampaknya Strategi APCO berjaya...!!!

Ya.... Sudah terang lagi nyata...
DAP sudah lama menolak HUDUD dan PKR masih bertegas dgn perjanjian menghormati asas pembentukkan Pakatan Rakyat.
Mana mungkin usul perlaksanaan HUDUD itu akan di terima oleh Ahli Dewan Rakyat nanti.

Perlembagaan hanya boleh di ubah dgn sokongan 2/3 ahli dewan rakyat.
Yakin sangatkah PAS akan mendapat majoriti mudah tersebut...!?

Adakah PAS mahu bermimpi di siang hari bahawa barisan gerombolan Umno akan mengundi Enikmen jenayah HUDUD...!?
Atau PAS memang punya pemimpin yg besar diri dan langsung tidak pandai berpolitik...!?

Fahamkah mereka dlm apa keadaan sekali pun kuasa adalah mekanisme pertama utk mengubah pentadbiran dan undang-undang.

Dalam kemuncak PR mampu menyatu padukan semua kaum dan agama dlm rentak dan gendang yg seiring.
Akhirnya PAS perlahan-lahan meminggir dari persefahaman bersama.

Setelah separuh perjalanan yg agak berjaya bersama-sama PR.., PAS mula menunjukkan sikap berlepas tangan dan mungkir janji dlm konteks perjanjian bersama.

Adakah PAS masih mentah dlm sepak terajang leluhur demokrasi berperlembagaan..!?
Atau setelah Al-marhum TGNA pergi., yg di tinggalkan adalah puing2 jasad yg langsung bebal dlm percaturan politik Malaysia...!?

PERCAYALAH HANYA DENGAN MENYINGKIRKAN UMNO SAHAJA HUDUD MAMPU DITEGAKKAN...!!!!

Setelah banyak tulisan aku di atas yg di sertakan tanda soal dan tanda seruan..., akhirnya sbg rakyat biasa aku berlapang dada.

Terserahlah pada kalian pemimpin dan Ulamak PAS yg kononnya mereka shj yg layak dan lebih arif utk memberi penerangan dan pendapat.

Aku doakan semoga rakyat terus berjuang untuk membebaskan minda dari di buli politikus bangsat...!!

HIDUP RAKYAT....!!!!!!









Sunday, March 8, 2015

Hidup Rakyat

Undur Najib Undur....!!!!!!!

For Whattttt.....!!!????

Nak bg Muhyiddin or anak Mahathir naik...!!??

Kepincangan tak akan pernah selesai.....


Jadi apa yg kalian perjuangkan.....!!!???


Ya..... Mungkin mereka yg menyoal tidak pernah mampu menilai makna sebuah protes.


Mungkin mereka tidak boleh membaca riak-riak keperitan yg kalian simpan...


Ini adalah momentum yg sudah lama di semai.

Ini adalah percik-percik rasa yg belum tuntas...

Ini adalah karcis melankolik yg sekian lama terpendam...


Bagai sambungan episod-episod lonjak rasa

Tiada penghujung dalam plot-plot suara....

Ini perjuangan yg jerih...


Perjuangan yg tidak pernah selesai adalah pejuangan membangkitkan nilai sedar pd rakyat.


Hidup Rakyat.....!!!!