Wednesday, July 22, 2009

Menemui Kartika setelah 15tahun

Setelah 15 tahun..,aku menemukan kenalanku ini di akbar. Kami sama-sama berjuang dalam pasukan Bola Baling Daerah Kuala kangsar. Beliau juga merupakan sepupu seorang penyanyi yang popular satu ketika dahulu Wan.Kartika Sari Dewi adalah satu nama yang unik. Dahulu aku sering mempersenda-sendakan beliau sebagai orang Indon. Tapi itu hanya sekadar gurauan di zaman remajaku.
Semalam aku agak terkejut kerana beliau disabitkan hukuman sebat atas kesalahan meminum arak. Aku turut terpukul atas hukuman yang beliau terima. Bukan kerana aku mengenalinya dan kerana kami sekampung...tapi kerana kesanggupan beliau menerima hukuman tersebut. Kredit harus diberikan kepada pelajar SM Raja Muda Musa ini atas kejujuran dan kesediaan beliau untuk menerima dan mempercepatkan hukuman tersebut. Atas rasa tanggungjawab dan keinsafan beliau berharap agar hukuman itu akan menjadi contoh dan iktibar untuk anak-anak muda islam. Aku tabik spring pada beliau..,atas kenyataan berani matinya itu. Membaca akbar pagi ini.,aku jadi terkasima seketika. Mengapa Dr. Lolo sebagai ahli dewan Muslimah Pas ingin mempersoalkan kewajaran hukuman tersebut. Hukuman Syariah di Malaysia walau pun perlaksanaannya tidak mengikut hukum hudud yang sebenar tetapi adalah satu permulaan untuk mendidik dan menghukum pesalah islam atas landasan islam itu sendiri. Jika pesalah tersebut tidak mempertikaikan hukuman tersebut.,mengapa perlu orang lain untuk mengkritik dan mempersoalkannya...?

Monday, July 20, 2009


Pulang dari Sabah Negeri Dibawah Bayu...

Masih terasa enaknya menjamu selera di Pasar Filipina. Makanan laut segar yang dibakar mengundang rasa terliur yang teramat... Sepanjang seminggu bertugas di sana aku dan suami tidak melepaskan peluang menjejakkan kaki di Pulau- Pulau sekitar Sabah. Kesemua Pulau yang diletakkan didalam Taman Tungku Abd. Rahman kami jejaki dengan menaiki Bot yang disewa sekitar harga rm 280. Pulau Sapi,Manukan.Mamutek.. kami singgahi. Pertama kali sampai di jeti aku sudah menjerit kegembiraan. Mana kan tidak...hidupan laut yang aku tidak pernah lihat dengan mata kasar bermain-main di bibir jeti. Bila aku menghulur kan kaki ke dalam air...kesemua ikan-ikan tersebut berkerumun mengigit-gigit manja kakiku.

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk membeli belah barangan mutiara dan kristal untuk dijadikan cenderamata.

Indahnya Sabah... Kalau berpeluang aku mahu ke sana sekali lagi...

Sunday, July 19, 2009

PPSMI Yang Gagal...

Lihatlah faedah yang rakyat perolehi apabila sesebuah negara mempunyai barisan pembangkang yang kuat. Jadi kita sebagai rakyat yang lahir di era milenium harus mempunyai anjakan paradigma yang tinggi untuk menjamin kemajuan dan keharmonian negara yang kita cintai. Anggapan bahawa pembangkang adalah perosak dan penganggu gugat kestabilan sesebuah negara harus dibuang terus dari minda kita. Jadilah rakyat yang memahami dan matang dalam berpolitik. Jika dasar-dasar kerajaan yang dijalankan tidak adil untuk rakyat siapakah yang ingin memperjuangkan hak kita. Adakah hanya dengan berpiket dan mengangkat sepanduk.,kita percaya dapat mengubah pendirian kerajaan. Jawapannya tidak sama sekali. Hanya pembangkang yang kuat di parlimen sahaja yang dapat menjamin sesuatu dasar itu patut atau tidak untuk dilaksanakan.
Era pembaharuan pendidikan zaman mahathir ternyata gagal...
Sewaktu rakyat berkonfrantasi terhadap isu PPSMI yang ternyata menyusahkan rakyat terutama anak-anak melayu di luar kota,berbagai pihak mula mempersoalkan agenda tersebut. Ahli-ahli sejarah dan ahli-ahli akademik serta pejuang bahasa terlalu lantang mempertikaikan perlaksanaan tersebut yang ternyata gagal. Pihak pakatan rakyat juga tidak terkecuali dalam perjuangan memansuhkan PPSMI... Bila kerajaan mula terdesak dan terhimpit..,maka pengumuman untuk membatalkan pengunaan PPSMI mula diumumkan.
Cerita menjadi lebih menarik kerana kerajaan menyatakan bahawa mereka terpaksa mengkaji perlaksanaan tersebut selama 6 tahun.
Nah... selama itu anak-anak melayu yang berada didalam sistem tersebut telah tercicir. Kalaulah rakyat tahu bahawa kuatnya kuasa pembangkang dalam menentukan dasar-dasar negara.,sudah pasti PPSMI tidak berlarutan selama ini.

Tuesday, July 14, 2009

Malaysia Baru

Sekebun harapan dan sebidang impian
didalamnya berserabut warna-warna berbeda
berselirat mimpi tersimpul menjadi satu
selangit kata dipadu
segunung janji digengam
termeterai lafaz keramat dalam visi
penuh sakti...

Asasnya hanya sebidang tanah cuma
bersendi tiang istana sebagai serambi tadbir
dikait dan dicantum dalam getar rumpun budaya dan agamanya
diraut dan dihalusi dalam syahdu rimbun bahasa dan akar bangsanya

Nah... Ianya telah tersedia
wadah bangsa bersatu
dalam lipatan sejarah
sebidang tanah cuma..
Tanah Melayu tercinta..

Malaya terulung
hampir sedekad bersama
tapi sebenarnya masih wasangka
bersemi dalam wajah serba curiga
bersatu dalam janji seribu mimpi
bersama dalam bicara sejuta dusta

Malaysia terunggul
kini...
dalam mengapai harapan baru
menyemai rupa dalam satu wajah
bergabung rasa dalam satu jiwa
berucap kata dalam satu bicara

Nah...Ianya terhidang lagi
wadah bangsa bersatu
dalam catitan getir perjalanan
mencipta sejarah harapan baru
Yang dulu...
sebidang tanah cuma
kini...
Malaysia...

Dirgahayu Malaysiaku Tercinta....