Sunday, October 6, 2019

Atok Dah Tua

Atok sedar dia sangat tua dan tidak lama lagi akan kehilangan kudrat serta mati. Orang lain mungkin mengambil perkara dengan mudah, 

tetapi atok perlu cepat kerana sedar dia sudah tidak ada banyak masa lagi untuk melakukan apa yang sepatutnya dibuat untuk Boboi dan kroni di negara Pening Lalat.


Perjanjian bertulis dua tahun untuk peralihan kuasa dengan ketua parti Dolak Dalik sudah makin hampir. 

Presiden Dolak Dalik pun makin hari makin daring. Tak sedar-sedar diri walau dah dekat 8 purnama di pasung di Palong Sungai Betong.


Tapi perjanjian telah di sahkan. Kalau engkar nanti Atok pulak yang akan di bawa ke rumah pasong.

Atok naik untuk kali ke 7 sebagai Tok Bendahara pun di sebabkan oleh ombak reforbasi parti Bang Kuat.

Tapi Boboi dan geng2 open table atok sedaya mahu atok tak ikut perjanjian tersebut. Macam-macam cara geng open table cari jalan nak halang Bang Kuat dari jadi Tok Bendahara ke 8.


Atok takkan lupa sewaktu parti Nehi membuang dan mengaibkan atok tak henti-henti.

Semuanya di sebabkan Tok Bendahara baru yang ambik duit tabung sesuka hati.

Bila atok minta komisen atok dia tak layan.

Anak-anak atok berapa lama tak dapat kerja. Semuanya di bolot Tok Bendahara Baru Si Jebon dengan puak-puak dia.


Kali ini atok takkan bagi laluan pada musuh atok. 

Tambah-tambah dulu masa Bang Kuat jadi penolong atok..

Perangai kuat melawan Bang Kuat dan perangai bajet suci Bang Kuat tu menyakitkan hati atok. 

Berapa banyak projek atok terkandas di sebabkan perangai bajet suci Bang Kuat. 


Lamunan Atok di sentak dengan sapaan MaCai Kesukanan Cik Titik Sigerager.


“ Boss inkues kematian ahli selam kita Arif dah keluar. Sah dia di bunuh. Macamana boss. Rakyat dah marah dan desak MaCai  Padutangan Cik Martia Capati letak jawatan. Kita kena ambil maklum desakan ini boss.”


Bersemangat MaCai Kesukanan menyampaikan berita tergempar itu di pendengaran Tok Bendahara.

Atok Bendahara tetap diam seribu bahasa.


MaCai Kesukanan turut terdiam sama. 

Suasana jadi sepi seketika.

Titik Sigeragar hanya memerhatikan tingkah atok. 


Lama atok diam tiba-tiba atok bersuara dengan bersemangat.


“ Pergi ke Sekolah Melantun Jilat dan suruh dukun di situ buat satu program or so on yang merujuk kepada kaum kita

 “Maruah Meleweh”. 

Masa ni la kita harus tunjukkan pada rakyat bahawa kaum Meleweh menyokong terus parti kita.”


“ Kes inkues Arif bos..!?”


MaCai Kesukanan macam tak dengar arahan atok.


“ Cai... hang memang muda lagi. Tapi kena belajar dengan cepat. Kalau hang selow... parti kita akan berkubur. Tengok anak-anak buaya parti Dolak Dalik semua tengah mengendap tunggu peluang.”


Atok berleter macam opah tak jumpa gobek sirih.


MaCai Titik Sigeragar menung panjang...mencari sebab yang terasa-rasa macam dia faham.


Tiba-tiba MaCai menjerit kecil...


“ Oh..... saya faham atok. Patutlah masa kita lantik barisan ahli meja kerusi hari tu atok minta senarai MaCai yang sangap jawatan dengan Macai kuat rasis. 


MaCai ni tak nampak yang kita gunakan mereka untuk buat rakyat tolak HP. 

Bila rakyat hentam kerajaan HP sebab tak tunai janji dan tak perjuangkan Meleweh...

Kaum Meleweh akan bangkit dan marah. 

Masa ni la kita ambil kesempatan untuk raih sokongan mereka.

Mereka tak tahu sebenarnya boss sengaja mungkir janji.

Boss ada planning baru untuk kekalkan jawatan Tok Bendahara. Alamat Bang Kuat jadi bakal Tok Bendahara sampai kesudah. Betul tak Boss..!?”


Bedekah-dekah MaCai Kesukanan ketawa sehabis mengulung hujah bengap dari IQnya yang tak berapa nak genius.


Atok menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan.

Bukan atok tak setuju tapi banyak lagi muslihat atok yang si bengap MaCai Kesukanan ni tak berapa tahu. Takpa laa. Dia muda lagi.


“ Dah-dah..pi Sekolah Melantun Jilat cepat. Suruh dia kerah budak-budak ngaji joint program ni. Lepas tu hantar surat kat Lebai Malang, Tok Peti yang antor warkah tempohari, Cai-Cai parti Nehi yg sokong kita. Nanti secara tak langsung anak-anak buah depa semua hadir dengan sendiri.”


MaCai Kesukanan terus berpusing mahu menjalankan arahan dengan cepat.

Tapi terhenti bila Tok Bendara bersuara.


“ MaCai Kem Tahan hang jemput last minit. Jemput awal-awal nanti Lebai Malang tak mau datang pulak. Depa kan bergaduh sakan aritu.”


Arah atok perlahan.


MaCai Kesukanan masih berdiri tak berganjak. Kepalanya ligat berfikir.


“ Ha..dah kenapa tak pi lagi..!?”

Sapa Tok Bendahara kehairanan.


“ Bang Kuat kita tak jemput ke boss..!?”


“ Hang ni...kalau aku kata bodoh marah. Syuh-syuh...Pi cepat...”


Jerkah atok tak padan dengan umur tua merenta.









Wednesday, December 12, 2018

Magis Tun Mahathir

Percaturan beliau tidak pernah silap... 🤤


1988 

Hanya yg tahu sahaja bahawa isu ini dtg dari pencatur hebat iaitu Mahathir.

Umno lama di haramkan dan sangat pelik ianya di tubuh semula atas nama yg sama. 

Haaaaa tepok....👏🏻👏🏻👏🏻


1998.... 

Konfrantasi politik terbesar berlaku dalam Umno bila kem Anwar Ibrahim mulai mendominasi parti....

Akhirnya konspirasi paling jijik berlaku hingga menggegarkan dunia.

Haaaaa..terkejut....😱


2018 setelah melalui banyak tragedi demi tragedi...

Beliau sekali lagi mempertaruhkan kepakaran dalam melakukan magis politik.

Ketika kedua pihak lawan saling berada di jalan mati, beliau menawarkan diri kepada pihak yg jelas di pilih Rakyat tetapi hanya perlukan satu tuis utk menyakinkan golongan yg tidak mahu berubah.

Haaaa salute.....💪🏻


Beliau harus di nobatkan sebagai pemenang anugerah nobel tertinggi.


Anwar Ibrahim pula akan kekal menjadi buah catur.


Apa-apa pun tabik spring buat ikon politik dunia Mahathir Mohammad.


Buat Anwar Ibrahim...perjuangan anda nampak makin sukar utk mengapai impian.


Namun tabik spring juga buat Anwar Ibrahim atas segala yg berlaku demi perjuangannya untuk memerdekakan minda rakyat.


Di akhirnya semua terletak di tangan rakyat.


Rakyat yg matang dan bijak sahaja mampu menjamin kelangsungan negara dalam perjalanan masa depan anak cucu kita.





Friday, October 12, 2018

Apa itu Bala..!?

Kat sini sebut BALA..
Kat sana cakap BALA.
Kat sinun minta BALA.

Awat....!!!!??? Dah tak sabor sangat ke nak suruh Allah turunkan BALA.

Kemon laaa org2 yg mengaku islam.

Di sebabkan ideologi agama dan ketaksuban politik sampai sanggup kita zikir perkataan BALA itu di bibir.

Selama 60 tahun lebih islam di Malaysia berada di bawah pemerintahan sekular.

Terlalu banyak undang2 dan agenda kebebasan hak yg di raikan. 

Ya...kerajaan baru boleh sahaja bertindak dalam mengubah dasar2 lama kerajaan yg dulunya rakyat buat tak endah dan tak
pernah ambil peduli.

Bila kerajaan baru tak ubah perkara2 yg melibatkan hak asasi dan kebebasan dlm beragama serta mengamalkan budaya.,
maka berteriak lah semua ummat islam yg selama ini senyap.
Mereka bertasbih bahawa kerajaan baru ini sedang mengundang BALA dari Allah.

Sebab apa...!!!!!???
Sebab agama tidak mengikut telunjuk mereka...!?
Sebab agama tak berdasarkan ustaz3 mereka...!?
Sebab agama tidak keluar dr parti agama mereka..!?

Apa ini.....!!!???
Kejumudan dan kesesatan akal fikir yg terus terusan di tunggang agamawan yg berbicara mengikut hawa nafsu mereka sahaja.

Pertembungan hukum fiqh dan istihar agama ini sudah lama berlaku. 
Sejak zaman para sahabat lagi.
Namun tidaklah mereka menyelar pendapat2 yg berlainan selagi tafsir hukum itu berjalan dlm dokongan al-quran dan as sunnah.

Kini bilamana dunia sedang menyaksikan negara jiran kita berulang2 kali di uji dan di timpakan musibah. 

Datang agamawan2 ini bertempik itu BALA...!!!
Syarah dan rentih agamawan itu, inilah BALA...!!!

Mereka menyelar negara itu sudah terlalu tepu dgn maksiat dan kemungkaran;
sehingga Allah beri BALA tidak putus2.
Allah murka...Allah turunkan BALA.

Dalam setiap metodologi yg di pekik jeritkan.. 

Sudah di khabarkan org2 yg di timpa musibah ini mulai meminggirkan tuhan.
Kalau dulu mereka menolok segala agenda memuja semangat laut dan menjamu roh dan dewa2.
Kini yg muslimnya juga turut serta bersama2 yg kuffar.

Mereka menuduh Tuhan itu sebenarnya zalim.
Tuhan yg di sembah ummat muslim itu zalim bila mana terus terusan menghetam rakyat dan negara yg sememangnya sudah miskin dan tidak berupaya.

Mengapa negara2 lainnya yg lebih kaya dan penuh maksiat tidak di badai BALA..!?

Apakah tuhan itu diskriminasi hingga negara yg kaya tidak di hukum..!?

Saudara2ku sekalian...

Tolonglah berhenti menyebut BALA dan menyatakan mereka itu tertimpa
BALA.
Kerana ucapan kita boleh membuatkan ramai yg menjauh dari agama dan tuhan.

Mereka orang2 yg sedang di uji tuhan. Mereka orang2  yg sedang memilih pintu2 syurga dlm musibah yg Allah turunkan.
Mereka bukan di murka tuhan...tapi merekalah insan yg di cintai tuhan.
Sesungguhnya tidakkah orang yg sedang mati dlm malapetaka dunia itu syahid...!?

Allah berfirman kepada Malaikat-Nya, “Pergilah kamu kepada hamba-Ku, lalu kamu timpakan bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku suka mendengar rintihannya….”
(HR Baihaqi & Tabrani)

Apakah kita dapat bezakan mana satu ujian dan mana satu BALA...!?

Akibatnya, apa yang berlaku pada kita dan org yg kita suka dianggap ujian, 
apa yang berlaku pada kelompok yang kita tak suka kita kata itu BALA.

Ketahuilah wahai org yg mengaku muslim.

Kalau sesuatu musibah tu membuatkan kita lebih dekat dengan Allah, maka itu adalah ujian. 
Tapi andai sesuatu musibah tu membuatkan kita makin jauh dari Allah, maka itulah BALA.

Dalam
Al- Quran, ALLAH SWT menggunakan perkataan bala’ ini merujuk kepada kebaikan dan kejahatan. 

Firman ALLAH: "…Kami uji mereka dengan kejahatan dan kebaikan sebagai satu ujian dan kepada Kamilah mereka akan dikembalikan." (Surah Al-Anbiya: 35)


Thursday, August 30, 2018

Azmin vs Rafizi VS Mahathir vs Anwar

Azmin vs Rafizi


VS


Mahathir vs Anwar


Politik itu bukan ideologi tapi seni.


Mahathir rela menguburkan parti yg pernah menjulangnya sbg PM ke 4.


Anwar pula sesudah 2 kali ke penjara barulah memahami seni politik sebenar.


Azmin yg dari awal hanya belajar dan memahami politik melalui pertembungan sifunya Tun M dan DSAI.


Rafizi pula masih tegak mempertahankan ideologi.

Baginya prinsip adalah perjuangan yg harus di pertahankan.


Dunia ini pertembungan ideologi dan seni.


Ada yg terkorban...ada yg di korbankan.


Ada yg di julang...ada yg menjulang.



Monday, July 31, 2017

Tun M dan teori konspirasi

Beberapa hari ini riuh berkumandang neewsfeed hakak isu politik semasa.
Memandangkan friendlist pun kebanyakkan penaksub politik, akak baca setiap status dgn jiwa yg sangat tenang.

Kebanyakkan cerita berlegar2 pada agenda Tun M dan berita maaf Anwar pada Tun atas luka kecil yg pernah berlaku padanya.

Berita yg sebenarnya menambah garam pada luka yg masih berdarah.

Tahun 98-99 adalah sejarah yg sangat memberi kesan kpd ramai pejuang2 reformasi yg bertindak menyokong DSAI sewaktu siri fitnah dan pemecatan beliau yg dramatik.

Kebanyakan reformis ini tidak mengira dari latar mana dan parti apa;
semuanya terkesan dan terusik atas kekejaman yg berlaku kpd satu2nya susuk pemimpin yg di lihat telus dan berwibawa.

Setelah melalui pelbagai siri konfrantasi jalanan, tunjuk perasaan, protes dan provokasi dari zaman Mahathir sehingga terhenti di zaman Pak Lah.

Ramai aktivis2 ini yg tidak pernah merunggut bila kerja mereka terbuang, masa depan mereka terkorban dan hidup mereka tunggang langgang, kerana percaya rakyat perlu bangkit menunjuk jalan keluar kpd pemimpin yg hanya mahu memegang kuasa untuk kekal selesa.

Rakyat yg sedar mahu kerajaan itu beralih kuasa utk mengimbangi kebobrokan pemimpin2 bejat yg bergelumang kemewahan.

Di era Pak Lah, momentum utk melawan kerajaan di lihat sedikit menurun bila susuk tua yg di label "kaki tidur" mula cenderung berbaik2 dgn barisan pembangkang.
Waktu itu Tun M sudah sedikit kepanasan.
Dia mula menggangu dan menegur secara keras pemerintahan Pak Lah.
Pak Lah PM ke 5 itu terus terusan mengundang kemarahan Tun M apabila bersetuju mengeluarkan susuk teraniaya DSAI dari jeriji besi.

Akhirnya komplot tanpa sebarang konspirasi berjaya menyingkirkan PM ke 5 itu utk memberi laluan kepada DS Najib sbg PM ke 6.
Tun M yg merasakan DS Najib bakal mengikut telunjuk beliau dlm pemerintahan sudah merasa agak selesa.

Agenda Tun M mula tergugat bila DSAI berjaya menyatukan semua parti2 pembangkang dalam manifesto yg hampir sama serta agenda yg lebih terbuka utk semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

PAS di lihat semakin mesra dgn semua bangsa, DAP sudah makin di terima oleh org melayu dan islam, PSM mulai di kagumi anak2 muda reformis dan PKR sudah mendapat Nakhodanya semula.

Momentum yg terbaik di catatkan pada PRU 13 apabila kita menyaksikan kerajaan itu makin terancam dan tergugat.
2/3 kemenangan mudah telah berjaya di nafikan.

Tun M semakin panasaran...
Namun DS Najib masih tenang menerima keputusan.

Ketenangan DS Najib bersebab.
Tun M akhirnya di tinggalkan terkapar2 sendirian.

Agenda baru dan konspirasi terulang kembali.
DSAI di hantar semula ke jerigi besi atas tuduhan yg sama.

Ah.... setelah hampir 2 tahun DSAI berehat di sana,
Keadaan semakin kucar kacir.
PAS setelah ketiadaan ATGNA mulai cenderung kpd pemerintahan DS Najib.
Akhirnya PAS terpecah dua.
Penaksub reformis mulai mendirikan parti HARAPAN yg di anggap serpihan pemuja yg kecewa,
DAP makin di momokkan, PKR mulai tunggang langgang, PSM di label parti picisan dan Kerajaan di bawah DS Najib semakin mengukuhkan kedudukan dgn sokongan TGHH.

Barisan pembangkang sudah hilang momentum.
Mereka mulai merasakan tidak kuat.
Bayang2 kegagalan PRU14 seakan terasa.

Dalam segala macam isu dan peristiwa;
Akhirnya Tun M mulai menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kpd barisan pembangkang.

Parti BERSATU tertubuh dari sokongan rakyat yg kecewa dengan pemerintahan DS Najib.
Penaksub reformis merasakan ini tindakan Maha gila dari barisan pembangkang.

Mengangkat Tun M sebagai perancang barisan pembangkang;
Umpama meludah ke langit..
Umpama menahan lukah di pergentingan..
Umpama mimpi dalam mimpi ngeri...

Kocakan dari cawan itu makin kencang.
Semua sudah mahu tersembur keluar.



Tuesday, May 3, 2016

REUNION STMAA Batch 90-94

Kata orang jika mahu melihat sahabat yg ikhlas berdamping denganmu,
lihatlah sahabat zaman kecil atau sahabat yang bersekolah bersamamu.
Mereka menerima kita tanpa ada kepentingan kerana kita tidak punya apa-apa.
Mereka adalah sahabat yang tulin.

Seiring perkembangan teknologi informasi dan media sosial,persahabatan yang terputus dahulu sudah mampu di pertautkan kembali menjadi sebuah silaturahim yg tiada berpenghujung.
Tidak terkecuali dengan persahabatan di antara bekas pelajar kumpulan tahun 90'-94' Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Muda Abdul Aziz Sungai Siput (U) Perak atau singkatannya STMAA.

Bermula dengan komunikasi di Facebook sehinggalah kepada medium aplikasi WhatsApp, 
persahabatan antara bekas pelajar STMAA semakin erat dan mesra.
Walau akhir-akhir ini bermacam berita dan cerita tidak baik yang berlaku didalam masyarakat di sebabkan oleh salah guna medium perhubungan seperti WhatsApp,We Chat,Twitter dan Facebook namun kumpulan bekas pelajar STMAA sessi 90'-94' sering di beri peringatan dan garis panduan dalam berhubung di laman sosial.

Kami sangat menghormati latar belakang semua ahli dan sangat menjaga sensitiviti dari segi perkahwinan,agama,bangsa dan pegangan politik dalam berkomunikasi dan berhubung.
Mujurlah sikap kami yang sangat ukhwah sejak dari bersekolah membuatkan semua ahli sangat menghormati antara satu sama lain.

Reunion bekas pelajar STMAA sessi 90'-94' tercetus dari keinginan dan hasrat untuk merealisasikan impian untuk bersua setelah ada yang hampir 22 tahun tidak pernah bertemu muka.

Akhirnya 1 May 2016 menjadi tarikh keramat untuk bekas pelajar ini menjejak ke dunia lebih realiti bukan setakat bicara di ruang maya.

Mengambil masa selama dua bulan merangka publisiti dan mencetus keterujaan berpanjangan akhirnya percikan dari bintang-bintang bekas pelajar yang bertindak sebagai pengerusi bekas pelajar sessi 90-94 Pn. Siti Munirah Othman.    Yang berusaha Puan Urusetia Roziah Ngah Amri,Penyunting visual dan pengacara majlis Tn. Ahmad Junaidi Bin Repaie,Ahli-ahli jawatankuasa yang berkaliber Encik Kamarul Bahrin, Encik Yusof, Encik Rohasnain,Encik Mohd Razman dan Puan Fairus sebagai penyambut tetamu dan pendaftaran.
Serta penyedia cenderahati dan kain rentang majlis Pn. Nur Azleena.
Tak lupa juga ucapan setinggi-tinggi terima kasih pada bekas pelajar yang sudi memberi sumbangan hadiah-hadiah cenderamata untuk acara cabutan bertuah.

Tetamu jemputan pula adalah Cikgu Kamaruddin yang merupakan bekas guru yang pernah menjadi guru disiplin dan guru pengawas yang sangat tegas suatu waktu dahulu.
Mungkin agak pelik mengapa kami sangat menyanjungi beliau walau ramai antara bekas pelajar STMAA pernah di hukum dengan rotan dan ada juga yang pernah di tampar.

Namun percayalah...,kerana ketegasan dan prinsip beliaulah ramai di antara kami menjadi insan yang lebih matang dan menghargai ilmu.

Beliau memang seorang guru yg hebat.
Benar-benar guru yang ikhlas dalam memberi tunjuk ajar dan memupuk rasa hormat diri tinggi pada gelaran dan tugas seorang guru.

Alhamdulillah majlis ini akhirnya dapat mengumpul hampir 80 orang bekas pelajar STMAA sessi 90-94.
Kehadiran bukan sahaja dari bekas pelajar di negeri Perak malah yang datang dari Johor,Negeri Sembilan,Kuala Lumpur,Melaka,Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Lebih manis lagi Saudara Gogula Balan yg menetap di USA juga turut teruja untuk turut serta hadir memeriahkan majlis.

Terialisasinya majlis ini dapat juga mengumpul sedikit sumbangan dari bekas pelajar utk di salurkan demi kecemerlangan pelajar STMAA. 
Semoga sedikit sumbangan ini dapat menyuntik semangat motivasi pelajar STMAA utk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.






 

Ucapan berapi dari Presiden majlis.... Puan Siti Munirah Othman...
Sempat berposing sebelum majlis bermula...😝😝😝

Pengerusi majlis yang agak poyo...😅
Sibuk bertegur sapa dari meja ke meja...
Umi Bauyah hampir 24 tahun tak berjumpa...😂
22 tahun tidak ketemu...😭
Cikgu Kamaruddin sedang berucap....
Memotong pulut kuning sebagai tanda perasmian majlis...


Sessi nyanyian karaoke menghiasi slot hiburan.
Jenaka dan kelakar menghiasi hari-hari indah.
Bergambar sebagai kenang-kenangan...

Kegembiraan jelas terpancar di wajah masing-masing.


Pengacara majlis yang hansem n awesome Tn. Ahmad Junaidi...👆🏻👆🏻👆🏻

Serta Puan Urusetia yang manis dan manja Roziah Ngah Amri...😍😍😍👇🏻

Sunday, May 1, 2016

Cikgu Oh Cikgu....

Sewaktu kami bersekolah di STMAA beliau merupakan Guru Disiplin dan merangkap guru pengawas sekolah.

Orangnya sangat lurus dan bersahaja...
Penuh perhatian dan kasih sayang namun ada juga tegasnya.
Punya prinsip yg sangat menarik dan taktik yg berstrategi dalam mengawal dan mendorong pelajar-pelajar nakal di sekolah.

Beliau jarang memarahi pelajar namun jika pelajar bersalah beliau sangat tegas dlm memberi hukuman dgn niat membetulkan kesalahan.

Jika sedang mengajar beliau sangat santai dan menghiburkan.
Murid pula mudah patuh dan faham di dalam kelas dan waktu sessi pembelajaran.

Pelajar kadang kala boleh bergurau secara berlebihan tetapi beliau masih boleh menerima gurauan pelajar.

Pernah satu ketika kerana terlampau nakal dan meraikan hari April Fool aku tega meletakkan beberapa butir paku payung di atas kerusi beliau.

Walau muka Cikgu merah padam menahan rasa ngilu bila punggung tercucuk paku..,namun beliau masih mampu menahan rasa marah bila semua pelajar ketawa pecah perut melihat reaksi beliau waktu itu.

Pernah juga beliau mengejar aku dgn rotan di tangan bila melihat aku menyelinap dari pintu belakang tandas kerana mahu ponteng kelas.

Yg paling manis aku sempat lari dan bersembunyi di belakang kantin dan hanya tertawa melihat beliau mundar mandir mencari.

Esoknya bila beliau masuk ke kelas aku hanya di hukum berdiri di dalam kelas sambil menghafal formula matematik.

Arghhhhh......
Beliau memang seorang guru yg hebat...
Benar-benar guru yg ikhlas dlm memberi tunjuk ajar dalam memupuk rasa hormat diri tinggi pada gelaran dan tugas seorang guru.

Hakikat yg aku fahami...,,,
Guru adalah insan biasa yg tidak pernah lepas dr kesilapan dan kesalahan. 
Namun seorang guru perlu punya aura yg hebat untuk berhadapan dgn insan-insan lemah yg sgt mendambakan tunjuk ajar, nasihat, perhatian dan kasih sayang.

Guru ibarat lilin>>> 
Membakar utk menerangi...!!!

Bukan mudah utk menjadi seorg Guru...,,,kerana anda benar-benar tempat pelajar bergantung dan berharap utk mendepani cita-cita dan masa depan... 

Guru yg sabar, ikhlas, tegas,perhatian,tidak putus asa dan penuh kasih sayang...
Melahir dan membetuk insan hebat...!!!

Terima kasih Cikgu Kamaruddin kerana sudi menjadi tetamu kehormat majlis Reunion STMAA 90'-94'...

Terima kasih juga utk smu guru-guru dan doaku agar Allah merahmati kalian selalu:)