Tuesday, September 8, 2015

Berita

Membaca ruangan berita mengenai seorang lelaki kurang siuman yg berbaring dan berdiri diatas bumbung kereta org awam dan polis membuat aku senyum sendirian.
Menurut berita lelaki itu telah di pujuk sekian lama tapi gagal.
Kadang polis ni macam tak di dedahkan dgn situasi2 dan keadaan seperti itu.

Aku teringat peristiwa beberapa tahun lalu.
Seorang gadis yg aku kenali telah membuat cubaan bunuh diri kerana cintanya di khianati.
Heboh dan kecoh suasana waktu itu.
Aku juga turut terpanggil utk melihat situasi yg berlaku.

Sesampai di rumah gadis tersebut.., kelihatan 2 buah kereta peronda polis, sebuah van bergerak polis, sebuah van bomba dan beberapa anggota yg berkumpul
di hadapan rumah.
Hati aku berdegup laju...
Apakah yg telah terjadi... 
Adakah cubaan bunuh diri itu telah berjaya....!!??

Aku melangkah ke muka pintu rumah gadis itu..dan kelihatan ibunya sedang meraung kesedihan.
Aku menghampiri dan bertanya perlahan adakah apa2 yg buruk telah berlaku...
Makcik itu berbisik sambil menyuruh aku naik keatas utk cuba memujuk "A".

Aku menghela nafas lega...
Aku mula meniti tangga demi tangga...
Tiba dia atas..,aku bertembung dgn seorang doktor yg sangat terkenal di tempat kami.
Dia kelihatan mundar mandir dgn beg perubatan di tangan dan muka sedikit cuak.
Di belakangnya seorang imam surau taman tersebut yg juga sedang mengomel sendirian.
Aku memberanikan diri utk masuk ke bilik.

Di tepi katil seorang pegawai polis wanita berpakaian preman dan di kaki katil tiga orang anggota polis berpakaian seragam dan seorang pegawai polis berpakaian preman sedang cuba memujuk "A".

"A" yg terpandang aku di depan pintu mula menjerit2 merayu aku agar tolong menghubungi kekasihnya yg sudah menghilangkan diri.

Aku mengangguk3kan kepala sambil menyuruh dia bersabar.

Aku bertanya pada polis wanita di tepi katil berapa lama "A" berada dlm situasi tersebut.
Menurut mereka sejak jam 4ptg lagi.
Aku melihat jam di dinding sudah mencecah jam 6:57 petang.

Situasi masih tidak berubah dan polis jg seakan tidak tahu bagaimana utk menghadapi bencana tersebut.

Aku meminta izin utk duduk di tepi katil
sambil cuba membaca situasi yg sedang berlaku.
Mulutku kumat kamit membaca surah2 lazim.

"A" sedang duduk mengerekot di celah katil yg rapat di tepi dinding sambil di tangan kanannya memegang sebilah pisau yg di letakkan dileher dan sebiji botol kaca pecah yg di tekan di perut dgn tangan kirinya.
Pergelangan tangan "A" aku lihat calar balar dan luka kesan kelar dari kaca botol yg pecah.

Aku menoleh jam utk kesekian kali.
Jam sudah menunjukkan tepat angka 7 malam.
Aku menghela nafas panjang dan mula membaca surah fatihah dgn lebih kuat.
Selesai bacaan aku sambung dgn ayatul qursi.
Sesekali aku memanggil nama " A" dan menyuruh dia mengucap serta beristifar bersamaku..

Aku melihat "A" kelihatan agak kendur dan pegangan pisau dan botol pecah itu sedikit longgar.
Aku menginjak duduk punggungku lebih hampir ke sisi "A".

Aku mengerling polis wanita yg kelihatan agak sibuk bercakap di telefon. 
Mungkin dgn bahagian pengurusan bencana dan tragedi. 
Empat orang anggota polis lelaki tersebut hanya diam memerhatikan tindakan aku.
Aku memberi isyarat bersedia kpd mereka.
Aku lihat mereka agak gementar...

Aku mengalihkan badan utk berada betul3 di hadapan "A".
"A" mulai menangis teresak2 dan menjerit2 agar aku tidak menghampirinya.
Botol kaca di perut di tekan semakin kuat...
Aku lihat ada darah membasahi baju "A"...

Aku berbisik perlahan..
 "A" mengucap...

Hari sudah makin senja...
Aku lihat jam sudah 7:05 malam.
Aku menghela nafas lebih keras....seraya menangkap tangan kanan "A" yg memegang botol kaca tersebut dan dgn serentak mengilas tangan kiri "A" yg memegang pisau kebelakang.

4 orang anggota polis tersebut masih belum bergerak seolah terpaku. 
Namun mereka segera bertindak setelah mendengar aku menjerit agar mereka membantu.

Alhamdulillah...
Akhirnya... cubaan bunuh diri tersebut berjaya aku gagalkan.

Sewaktu aku ingin pulang..., semua anggota polis dan bomba yg berada di bawah merenung ke arah aku sambil menundukkan kepala tanda hormat.

Aku rasa sedikit malu...
Namun dalam hati merasa agak marah dan kesal.
Aku hairan dan jadi musykil....
Mengapa mereka menguruskan tragedi itu berjam2 sedangkan aku hanya memperuntukkan masa sepuluh minit sahaja utk menyelesaikan situasi tersebut.

Yang paling aku pasti..., mereka tidak punya kemahiran utk membaca situasi dan meramal tindakan...
Mereka harus lebih belajar...