Saturday, August 30, 2014

Wazir Bin Din

Bersembang dgn abah sewaktu pulang ke kampung adalah momen yg paling menarik:-

Abah mcm sebuah arked sejarah yg menyimpan banyak cerita yg belum di bukukan.
Cerita yg aku ingin kongsikan kali ini agak menarik sekali.

Menurut cerita abah.,
Sultan Alang Iskandar yg merupakan sultan Perak ke-30 pernah mempunyai seorang anak angkat yg bernama Wazir B. Din.

Kisah Wazir bermula di warung ais kacang Pekan Kg.Koh di Sitiawan.

Pada suatu petang Wazir yg waktu itu berusia 9tahun dan adiknya yg baru berusia 8tahun pergi minum di warung ais kacang milik seorang lelaki tua berbangsa cina.

Sewaktu sedang menghirup ais kacang.,adik Wazir berbisik memberitahu abangnya bahawa kacang didalam ais tersebut telah basi dan berbau busuk.

Wazir lantas menyuap sesudu ke dlm mulut utk merasai kacang tersebut. 
Ternyata benar kacang itu telah basi.

Wazir bangun memberitahu apek penjual ais kacang tetapi apek itu membentak marah.
Mungkin mood apek tidak berapa baik hari itu.
Wazir dan adiknya mengambil keputusan untuk pergi sahaja dr situ tanpa membayar harga ais kacang.

Apek bergegas mengejar mereka dgn sebilah parang yg di hayunkan ke tubuh Wazir. 
Wazir sempat mengelak namun sekali lagi apek melibas ke arahnya. 

Semacam kilat parang sudah bertukar ke tangan Wazir dan tanpa sedar leher apek hampir putus di libas oleh Wazir. 
Darah membuak-buak membasahi jln di tepi warung tersebut.
Wazir dan adiknya tergamam lantas berlari ke rumah dgn rasa sangat cemas.

Penduduk Kg. Koh majoriti adalah berketurunan cina yang telah mendengar berbagai-bagai versi cerita mula naik marah dan berarak menuju rumah Wazir.
Mujur orang kampung Wazir telah membuat laporan ke balai.
Malam itu Wazir telah di bawa oleh polis  ke balai utk di dakwa.

Beberapa hari kemudian Wazir di hadapkan ke mahkamah.

Tetapi hakim berbangsa Inggeris telah membebaskan Wazir dr tuduhan dgn hujah adalah sesuatu yg mustahil utk seorang budak lelaki seusia beliau mampu melawan seorang lelaki dewasa yg bersenjata.

Pembebasan Wazir menyebabkan kaum keluarga apek tua tidak berpuas hati.
Mereka mula merancang utk membalas dendam.

Suatu hari Wazir di kepung oleh beberapa orang pemuda cina.
Tetapi Wazir berjaya melarikan diri dan sempat bersembunyi.

Setelah merasa selamat Wazir keluar dan berlari keluar dari kampungnya.
Pada mulanya Wazir ingin menuju ke balai polis. 
Tetapi seakan ada suara yg berbisik agar Wazir pergi ke istana.

Sesampai di istana.., Wazir pengsan.
Setelah sedar Wazir menceritakan pd pengawal istana tentang kisah yg telah berlaku.
Pengawal istana sangat teruja mendengar cerita Wazir dan mereka membawa Wazir mengadap Sultan Alang Iskandar.

Selesai mendengar semua cerita dan permintaan Pembesar istana supaya Sultan memberi perlindungan istimewa kpd Wazir., Sultan tanpa berfikir panjang terus menerima Wazir sbg anak angkat baginda.

Bermulalah kehidupan baru Wazir di istana Iskandariah.
Beliau hidup membesar bersama-sama Raja Idris Shah bakal Sultan Perak ke-33.

Wazir yg sememangnya kanak-kanak yg sangat istimewa semakin di sayangi oleh baginda Sultan.
Beliau sangat mudah menghafal al-quran dan bijak berbicara.
Sultan Alang Iskandar yg gemar belajar agama selalu membawa Wazir dan Raja Idris belajar dgn ramai tokoh agama terkenal.

Wazir dan Raja Idris Shah membesar 
dengan mesra umpama adik dan abang kandung.

Pada suatu hari raja-raja , bangsawan-bangsawan Melayu dan beberapa orang pembesar Inggeris telah berkumpul di istana.
Mereka ingin berbincang mengenai beberapa isu semasa dan urusan perniagaan.
Pembesar-pembesar Inggeris ini telah siap membawa bekalan arak dan pemuzik-pemuzik terkenal utk berhibur.

Wazir yg tidak pernah berhadapan dengan keraian yg begitu meriah mula rasa teruja. 
Beliau tanpa sedar turut menari terkinja-kinja di pentas tarian dgn beberapa orang penari wanita.

Keesokkan harinya., Sultan Alang Iskandar telah menitahkan beliau mengadap. 
Baginda Sultan mengambil sebuah pelita yg menyala lalu di cucuh ke tangan Wazir.
Wazir menjerit sambil melompat kesakitan.

Sultan Alang Iskandar lantas bersuara menanyakan pd Wazir adakah beliau sakit di cucuh api tersebut.
Wazir lantas mengangguk dlm ketakutan.

Kata baginda.., bagaimana api dunia yg sekecil ini pun kamu tidak mampu menanggungnya.
Ini kan pula api neraka nanti...!!!

Wazir mengerti dan semakin memahami.
Kata baginda Sultan., beliau sesekali tidak pernah redha dgn apa yg berlaku di istana.
Tetapi beliau jg tidak mampu menghalang perkara mungkar yg telah berlaku kerana pembesar Inggeris sangat berkuasa waktu itu.

Semenjak dr peristiwa tersebut Wazir semakin kuat beribadat dan menuntut ilmu.
Sultan semakin senang hati dan bangga dgn perkembangan diri Wazir.

Kemuncak rasa kagum Sultan Alang Iskandar ialah sewaktu melihat Wazir bercakap-cakap dgn seorang lelaki tua di tepi singahsana istana. 
Kalau orang lain yg melihat mungkin menganggap Wazir gila kerana kelihatannya beliau seperti bercakap seorang diri.
Tetapi baginda Sultan tahu lelaki tua itu adalah jelmaaan jin penjaga tahta singahsana istana Iskandariah.

Semakin hari usia Wazir semakin meningkat dewasa. 
Akhirnya Wazir mengambil keputusan utk keluar dr istana.
Beliau ingin menuntut ilmu dan belajar hidup berdikari.
Sultan Alang Iskandar melepaskan Wazir dgn berat hati.

Pengembaraan Wazir berakhir di Kampung Bahagia, Sungai Siput.
Beliau berkahwin dan menetap di sini.

Beliau menjadi seorang Ustaz dan mula mengajar al-quran dan ilmu agama di masjid. 
Beliau merupakan orang alim yg sangat mesra dgn smu orang tanpa mengira bangsa dan agama.

Pada tahun-tahun getir kemuncak keganasan komunis di seluruh negara, Sungai Siput yg merupakan kawasan hitam jg tidak terkecuali.

Pada bulan Februari tahun 1951 Ustaz Wazir minum petang di gerai yg bersebelahan panggung wayang Wah Lok dlm pekan Sg.Siput.

Tiba-tiba Ustaz Wazir terlihat seorang pemuda cina tergesa-gesa masuk ke panggung.
Hati beliau kuat menyatakan sesuatu yg buruk bakal berlaku.
Beliau mengekori belakang pemuda itu dgn laju.

Sesampai di dlm panggung beliau terkejut melihat sebutir bom telah sedia utk meletop.

Tanpa berfikir panjang, Ustaz Wazir merebahkan tubuhnya di atas bom tersebut.
Bom itu meletup jg tapi impaknya sudah sedikit lemah.
Tubuh Ustaz Wazir tercampak ke dinding.
Beberapa orang yg hampir dgn bom mati dlm letupan itu.
Namun banyak jg nyawa yg berjaya di selamatkan.
Yg paling mengejutkan ramai orang ialah Ustaz Wazir tidak maut hanya mengalami sedikit calar balar.

Semenjak dari peristiwa bersejarah yg terjadi, Ustaz Wazir semakin di kagumi dan di hormati oleh segenap lapisan masyarakat di pekan itu.

Menurut abah, di akhir thn 70an, sewaktu Ustaz Wazir meninggal dunia dan jenazahnya diusung ke pusara. 
Bukan shj orang melayu yg mengiringi beliau,malahan orang cina dan india turut sama berarak dlm tangisan mengiringi jenazah hingga ke tanah perkuburan.

Ya..., Ustaz Wazir yg pada mulanya berjuang utk lari dari rasa dendam kesumat bangsa cina.,akhirnya membayar rasa dendam itu dgn kasih sayang dan cinta.

Malaysia.....
Merdeka pd tanggal 31 Ogos 1957 bukan milik orang yg mengaku melayu sahaja.
Malaysia berdiri dlm keringat, air mata dan darah smu bangsa di dalamnya.
Malaysia tegak megah dalam rasa bangga, sayang dan cinta seluruh rakyatnya.
Malaysia adalah  milik seluruh anak bangsa yg di lahirkan di bumi ini.

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini....!!!













Thursday, August 7, 2014

PAS Mampukah menawan Malaysia

Aku mahu memperkatakan sesuatu tentang PAS...
Mungkin ianya sedikit kontroversi tetapi In Sha Allah..,,, mudah- mudahan menjadi sedikit pencerahan minda.
Walau aku bkn siapa-siapa tetapi percayalah pandangan seorg rakyat yg tidak punya apa-apa kepentingan adalah pandangan yg paling ikhlas...;)

PAS- Atau nama asalnya Persatuan Islam Se-Tanah Melayu danTuan Haji Ahmad Puad selaku bekas ketua Biro Agama UmNo menjadi Presiden yang pertama.

Sebuah pertubuhan yg terhasil dari Persidangan Alim Ulama Tanah Melayu kali kedua yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur, pada 15 Ogos 1951. 
Persidangan ini telah mencapai persetujuan untuk menubuhkan Persatuan Ulama yang terpisah dari UmNo.
Sebenarnya PAS wujud di sebabkan
segelintir ulama yang berada dalam UmNo yang tidak berpuas hati dengan UmNo,khususnya dalam isu mewujudkan judi loteri. 
Ketegasan tokoh ulama menolak kewujudan judi yang diharamkan oleh Islam, mendorong mereka meninggalkan UmNo.

Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari apa yang dilaksanakan oleh UmNo.
Didokong oleh para ilmuan agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang melayu yang berpendidikan agama. 
Namun setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah menerima cadangan UmNo untuk bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN). 
PAS adalah diantara parti pengasas BN. 
Penglibatan PAS didalam BN berakhir dengan krisis darurat di Kelantan pada 1978. 
Akhirnya PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN. 
Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati mereka. 
Para penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh pada ketetapan BN. 

<<< Sedikit info di atas adalah perkenalan kpd sebuah "parti tua" yg berjuang demi menubuhkan sebuah negara yg berpaksikan undang- undang islam.
PAS yg seusia dgn parti UmNo sejak
dari pilihan raya yang pertama dalam tahun 1955, tidak pernah memenangi pilihan raya di peringkat persekutuan.
Namun PAS mampu memenangi dan menawan negeri- negeri yg mempunyai "jati melayu" yg kuat seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Persoalannya...,,, mengapa hingga sekarang PAS masih tidak mampu menawan pentadbiran pusat dan membentuk Kerajaan Persekutuan..!?
Kalau di lihat pd populasi penduduk di Malaysia..,orang Melayu sebagai kaum terbesar dengan bilangan 14.2 juta orang merangkumi 50.1% daripada jumlah penduduk. 
Maknanya jumlah pengundi melayu jg tentulah yg tertinggi.
Tetapi PAS masih sukar utk menawan hati pengundi- pengundi melayu yg tentunya adalah pengundi islam.
Kita gantungkan persoalan itu sebentar...;)

Aku mahu membawa anda semua berfikir di luar kotak logika:-

-PAS  pernah bersama BeEnd dlm perjuangan..,tetapi 'ditendang keluar' pada 1977.
-PAS pernah berkoalisi dengan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dalam pilihan raya 1990. 
- PAS jg pernah berkomplot di saat akhir dgn PKR dan DAP dlm membentuk Barisan Alternatif.
-Kini PAS sekali lagi bergabung dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Tahukah kalian DSAI pernah menolak pelawaan utk menyertai PAS sewaktu menerajui ABIM.
Bukan kerana DSAI tidak menyenangi PAS tetapi kerana beliau adalah seorang pencatur politik yg sangat HEBAT...
Beliau lebih rela memilih UmNo walau tahu UmNo adalah sebuah parti yg sangat rosak namun lebih mendapat kepercayaan org melayu yg punya minda bawah "PAR".
DSAI hanya perlu berkerja kuat dari dalam parti utk mengukuhkan kuasa dengan tidak perlu bimbang kerana punya sokongan yg kuat dr org melayu di luar parti.

Waktu ini PAS sudah jadi sedikit terdiam dan terduduk kerana usaha DSAI seakan mampu mencapai matlamatnya...
Niat utk menyuci dan mengislamkan UmNo hampir tercapai... 
Tetapi hajat DSAI hangus di persimpangan sebuah komplot syaitan yg terbakar...!!!

Orait.... DSAI setelah di aniaya dan di penjara sepatutnya mengerah dan mengarahkan seluruh pengikut dan pendokong REFORMASI utk bersama- sama dlm perjuangan PAS.

Namun yg terjadi adalah sebaliknya. Beliau dgn penuh yakin menubuhkan sebuah parti baru yg di terajui oleh seorang wanita yg langsung tidak punya kredibiliti apatah lagi kemampuan utk menerajui sebuah parti politik.
PKR yg wujud dari sbh momentum Kebangkitan Rakyat Sedar bukan shj di cop "Parti Protes" yg tidak mampu bertahan lama.
Tetapi sebaliknya yg berlaku...
PKR telah di terima bkn shj oleh org melayu, tetapi semua bangsa di Malaysia.
Percaturan DSAI adalah yg terbaik dlm sejarah politik tanahair.
Penubuhan sebuah parti yg terbuka tanpa prejudis bangsa  dan agama serta jauh dari fahaman rasis adalah sebuah parti yg di dambakan oleh rakyat Malaysia sekian lama.

DSAI sudah lama tahu...,,, PAS walaupun sebuah parti Islamik yg sangat berintergriti dan terbaik pentadbirannya tetap tidak pernah mampu membeli jiwa pengundi melayu islam apatah lagi pengundi bangsa lain.

Sejak wujud kerjasama "Pakatan Rakyat" antara PAS, PKR dan DAP..,, barulah rakyat pelbagai kaum dan agama mula terbuka dan memandang perjuangan PAS sebagai sebuah perjuangan rakyat yg sangat adil.
PAS yg rela menukar slogan
 " Negara Islam" kpd " Negara Berkebajikan" utk memperkukuhkan kuasa dan sokongan akhirnya sudah tampak tersepit dan tertekan dgn provokasi beberapa pemimpin atasan yg "lupa"  bahawa mereka tidak mampu berdiri sendiri dlm perjuangan menumbangkan sebuah "Parti Nyanyuk" yg masih di dokong kuat sebahagian besar orang melayu.

Pimpinan tertinggi PAS sudah mula mahu kembali kpd perjuangan lama PAS membentuk Malaysia sbg sebuah negara Islam.
PAS mula kelihatan semakin "Tegar"
dlm perebutan kuasa dan kerusi pada PRU 13 ini.
Sudah mulai kedengaran suara-suara ghaib yg semakin lantang menolak dan memprotes pendekatan DSAI yg sedia berkomplot dgn apa shj parti dan pertubuhan yg menolak UmNo. 
Ada jg usul rahsia yg menolak persetujuan awal utk melantik DSAI sbg PM ke 7 jika PR memenangi PRU13.
PAS semacam terpengaruh dgn provakasi dan tuduhan kotor UmNo bahawa perjuangan PAS tersasar dan sesat dr akidah Islam kerana berkomplot dgn Kafir Harbi, LGBT dan Sosialis.
Kerana ingin keluar dari tuduhan dan persepsi serong masyarakat..,, 
PAS mulai sedikit berkeras dlm pemuafakatan pakatan yg telah di bina sekian lama. 
PAS seolah- olah merasakan semua rakyat berdiri kuat di belakang dan menyokong perjuangan suci mereka.
Tidak kah terfikir di benak mereka sebentar:- 

bahawa sejak berpuluh- puluh thn PAS tidak pernah mampu berjuang seorang diri dlm mengharapkan dokongan orang melayu islam apatah lg sokongan bangsa lain...!!!
PAS jangan mudah termakan jolokkan puak " TaliBarut UmNo" yg semakin banyak berkeliaran didalam parti.
PAS harus istiqamah dan berjuang bersama-sama PR utk menurunkan "Rejim UmNo"
yg sudah semakin lumpuh kerana di asak oleh "Kuasa Rakyat Sedar".
PAS harus ketepikan semua persoalan atau kekhilafan yg berlaku didlm perjuangan menegakkan Negara Islam.
PAS harus bertenang dan berlapang dada dlm pemuafakatan Pakatan Rakyat.
Untuk menjatuhkan UmNo yg ROSAK bukan sesuatu yg mudah namun tidak jg mustahil.
Mujurlah kekuatan PAS yg di terajui Tuan Guru Nik Aziz yg sudah masak dlm sepak terajang politik Malaysia masih berdiri teguh di belakang DSAI.
Beliau tahu...,,, kepintaran dan kemahiran politik DSAI yg memungkinkan PAS menjadi kuat dan  gelombang kebangkitan rakyat mampu berlaku di Malaysia. 
Tuan Guru punya matlamat yg besar..,,,jatuhkan UmNo parti melayu yg kononnya berjuang utk islam tetapi penuh dgn kerosakkan akidah dan penyelewengan amanah...!!!

Kini tidak sampai beberapa hari lagi semua kemungkinan itu mampu di natijahkan sbg realiti...!!!
Pesanan ikhlas aku:-
Ketahuilah wahai PAS dan semua ahli-ahli sekalian....,,, bahawa akan datang suatu waktu di dlm Malaysia ini yg org melayu akan sedar dan mula dahagakan sebuah pentadbiran islam.  
Mereka akan bangkit dan berdiri dlm perjuangan menengakkan sbh negara islam tanpa paksaan dan ragu-ragu...!!!
Berusaha, berdakwah, bedoa dan bertawakal...!!!
Masanya pasti tiba..... Akan tiba...!!! Aku yakin pasti tiba...!!!
In Sha Allah.... 
Takbir...!!!!
Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar...!!!!
Lawan Tetap Lawan....!!!