Thursday, May 21, 2009

One Malaysia... Oh...Malaysiaku...

Sekarang sudah rancak dengan manifesto terbaru PM Najib One Malaysia. Aku pun tertanya-tanya samada sebelum ini Malaysia tidak pernahkah bersatu..? Ya...sudah lebih 50tahun Merdeka kita masih tercari-cari hala tuju negara. Sebelum ini kita juga terlalu berbangga dengan taraf negara berbilang bangsa yang sentiasa harmoni dan bersatu padu. Namun yang pasti kita terlepas pandang terhadap banyak perkara yang masih berlegar sejak dari sebelum merdeka hingga sekarang. Kita juga memperjuangkan negara demokrasi berpelembagaan namun kita juga yang mengkhianati perlembagaan tersebut. Nah... lihat sahaja sekeliling kita,masih ramai rakyat yang masih bermain-main dengan sentimen bangsa dan agama. Kita seolah2 bermuka-muka dalam kehidupan seharian sedangkan kita masih ada sikap prejudis antara sesama sendiri. Orang melayu bencikan orang cina, orang cina selalu memandang rendah kepada orang melayu dan orang india sering merasa mereka bangsa yang dipinggirkan. Benarkah stigma yang saya nyatakan ini..? Ya...jawapan tersebut masih tersemai dari dulu.,kini..dan saya amat berharap dan berdoa agar ianya tidak akan selama-lamanya. Sedarlah bangsaku..,bukan bangsa yang dibahagi-bahagi oleh latar kaum tetapi bangsa yang memiliki negara ini,bangsa yang mencintai negara ini,bangsa yang mahukan perubahan dan anjakan minda untuk menuju Negara Malaysia yang baru.Semua itu terletak ditangan kita,bukan kerajaan yang berkuasa dan bukan juga Raja yang memerintah.... Semua rakyat yang bertanggungjawab menentukan...