Wednesday, January 2, 2013

Sekolah Oh Sekolah<<< :)

Ada seorang sahabat aku ini mengadu keletihan di sebabkan seharian terpaksa menunggu anaknya yg baru tahun 
1 di hari pertama persekolahan.
Aku sekadar tersenyum sambil menunjukkan isyarat bagus...(Y)

Ya....,,,sbg ibu bapa kita selalu mahu lakukan yg terbaik utk  anak2.
Kita sering bimbang jika mereka tidak mampu menyesuaikan diri dgn keadaan yg baru.
Kita acap kali mahu berada di mana sahaja peristiwa pertama yg berlaku dlm hidup mereka.
Kita terlalu mahu melindungi dan memastikan mereka tidak sedih mahupun terluka.
Kita mahu jadi SUPER DUPPER utk di banggakan oleh anak2.

Lain orang lain caranya...;)

Tapi pendekatan aku sbg ibu sedikit berlainan.
Sejak hari pertama anak2 mengenal alam persekolahan...,aku sekadar menghantar mereka di depan pintu pagar sekolah. 
Setelah bersalaman aku cuma berpesan agar mereka cepat belajar utk merasai betapa seronoknya bersekolah.
Walau di wajah mereka tergambar berbagai2 riak yg tidak mampu diluahkan..,, namun sebagai seorang ibu aku agak tega menghadapinya.
Aku tahu pasti payah utk mereka menghadapi dunia baru...,,dan aku juga tahu bertapa sukarnya mereka bila tiba waktu rehat nanti.

Anakku...,,,jgn pernah takut dan bimbang kerana dulu mama pun seperti kamu... 
Takut, terasing dan sedih... 
Tapi mama jadi kuat dan tabah bila ingat pesan Abah mama dahulu. 
"Bila dah masuk sekolah...,,, Siti dh jadi orang besar. 
Siti mesti cepat belajar utk jadi org bijak dan boleh di harapkan. "

Alhamdulillah...,, anak pertamaku seorg yg sangat tabah dan kuat. 
Dia sgt berjaya mengharungi hari2 barunya di sekolah tanpa sehari pun aku menemaninya. 
Dia sangat cepat belajar walau waktu itu dia merupakan seorang anak tunggal.
Keperibadian dan displinnya sangat baik sehingga di lantik sbg Pengawas sekolah dr tahun 1 hingga di tingkatan 3 sekarang.

Bagi pengalaman dgn anak ke 2 ku lebih bewarna.
Perkara yg sama juga aku lakukan di hari pertama persekolahannya.
Bila petang sewaktu mahu menjemputnya pulang..., dia hanya diam tanpa suara. 
Bila di tanya apakah perasaannya hari itu...,,,dia cuma memandang ke wajahku dgn penuh perasaan mohon simpati.
Aku cuma berlagak tidak faham dan lantas memeluknya dgn ucapan tahniah kerana sudah berjaya menjadi budak bijak.
Dia hanya diam tanpa reaksi dan aku pula memandang wajahnya penuh bangga.
Keesokkan hari dan sepanjang sebulan di tahun 1...,,, berbagai peristiwa dan cerita yg menyedihkan di bawa pulang olehnya.
Dari alatan tulis di curi orang.., duit belanja di ambil orang sehingga pernah di buli beberapa kali....
Tapi aku tetap tenang menghadapi cerita2nya...
Sehingga pernah suami ku sudah rasa tidak sabar ingin pergi ke sekolah mengadu kpd guru kelas beliau...,,tetapi dgn pantas aku menengahnya.

Bagiku selagi tiada yg memudaratkan dan selagi smunya masih terkawal...,tidak ada apa yg perlu di bimbangkan.
Sbg ibu setiap hari aku hanya berpesan...,,,
Kalau ada kawan yg meminta wang lagi padamu...,,,kamu katakan sbg orang islam kita tak boleh meminta2 hak orang. 
Tapi kalau kamu tak punya wang untuk makan...,,, mama saya sudah sediakan wang utk saya belanja kamu makan setiap hari..."
 
  Kalau ada yg masih mengambil barang kamu tanpa izin...,,,kamu katakan pada dia.
 "Saya halalkan apa yg kamu ambil kerana saya takut kamu nanti di masukkan ke neraka kerana mencuri."

 Kalau ada yg masih membuli kamu...,
 Kamu katakan saja sayangku...,,,
"saya punya kakak yg sgt garang yg tidak pernah takut dgn budak2 serupa kamu. 
 Nanti esok saya bawa kakak saya datang...";) huhuhu

Anakku sayang....
Bila kau tanya mengapa perlu ke sekolah dan mengapa harus belajar..!?
 
Jawapan mama sangat mudah sayang....
Kalau di rumah banyak perkara yg kita tidak tahu dan di sekolah kita dapat tahu banyak benda.
Sekolah adalah tempat kita belajar tentang pelajaran baru dan nilai hidup yg baik untuk di amalkan.
Jgn takut berbuat salah anakku dan jangan sesekali malu bila di tegur dan di hukum oleh guru2...
Dengan cara itu kamu akan tahu mana yg baik dan mana yg buruk.

Kawan2 di sekolah adalah contoh terbaik utk kamu menilai dan memilih mana yg patut kamu jadikan teman dan mana yg patut kamu hindar.
Guru2 di sekolah pula adalah jaguh terbaik utk kamu contohi dalam membentuk peribadi dan melakar masa depan yg indah dan cemerlang.
 
Mama dan ayah mungkin bukan guru yg terbaik utk kamu sayang...

Belajarlah bersungguh2 walau kamu rasa sangat payah dan memenatkan.
Bertahanlah anakku dlm mencari ilmu walau kamu rasa sgt sukar dan menyakitkan....
Berusahalah sekuatmu walau kamu merasa sangat bodoh dan dungu anakku.
Pelajaran adalah kunci kehidupan yg terbaik anakku.
Pelajaran sahaja yg mampu mengubah masa depanmu sayang.
Tanpa pelajaran hidupmu di luar nanti mungkin sangat payah anak...
Tidak semua orang yg tidak punya pelajaran bernasib baik utk menjadi org berjaya anak..
Dunia sekarang penuh persaingan dan manusia sdh semakin bersedia.

Sekolah adalah tempat terbaik utk kalian menghadapi dunia luar yg semakin kejam.
Sekolah adalah ruang kenangan terindah utk kalian menghadapi dunia luar yg semakin celaru.
Sekolah adalah taman permainan utk kalian berlatih dan bermain secara bijak di dunia luar yg penuh penipuan ini....

Anak2 ku....
Pergilah ke sekolah....
Belajarlah dgn tekun....
Berusaha dan bertahanlah dgn gagah....
Ciptalah kejayaan demi kejayaan...
Kerana setiap orang punya hak utk berjaya.....;)