Wednesday, September 24, 2014

PAS Oh PAS....

Dari dulu bila PAS bersetuju utk bertahaluf siyasi bersama PKR dan DAP utk membentuk PR aku sudah jangkakan perkara ini tidak mampu bertahan lama.

Bila PAS bersetuju mengubah ideologi dr memperjuangkan HUDUD kpd Negara berkebajikan.., aku sudah tahu PAS tidak pernah redha.

PAS punya impian dan cita-cita yg tidak pernah surut..., iaitu mahu mengislamkan seluruh pemerintahan di Malaysia.


PR yg kelihatannya semakin gagah mendominasi peratusan undian dan sokongan padu rakyat sudah mula merintis jln baru utk
Ke Putrajaya.

Bilamana PRU13 menyaksikan Pakatan ini sudah semakin diyakini oleh para pendokong Demokrasi dan di terima oleh segenap lapisan rakyat sedar.., PAS sudah mula bermain tarik tali.

Diakhir-akhir ini ahli PAS yg berpendidikan agama sudah tidak betah berdiam. 
Mereka sudah tidak mahu lagi berkompromi dgn ideologi Pakatan.

Mereka tahu jika terus-terusan bersama PR, impian utk menjadikan Islam sbg sistem pentadbiran negara tidak akan pernah tercapai.

Mereka semakin bimbang bila agenda Kajang Move to Putrajaya akan benar-benar menjadi titik permulaan kejayaan PR merampas pentadbiran.

Ya...,tentu sangat pelik dan membuatkan rakyat akan terus tertanya-tanya.
Sementalahan PAS seakan cenderung mahu bersama-sama UmNo membentuk Kerajaan Perpaduan.

Mengapa PAS begitu tega mengkhianati PR..!?

Menurut perkiraan PAS..,ini adalah masa terbaik untuk bersatu dgn UmNo. 

UmNo yg semakin lemah dan kehilangan begitu besar pengundi bukan melayu amat memerlukan PAS utk bersama-sama berdiri dlm prinsip perjuangan Melayu dan Islam.

Orang Melayu yg begitu membenci DAP dan tidak sesekali boleh menerima perjuangan sosialis apalagi Anarki.., sudah tentu boleh berlapang dada menerima PAS kerana punya persamaan iaitu Penganut Islam.

UmNo tahu jika agenda ini berjaya.., mereka akan mendapat undi melayu 56% menjelang PRU14 nanti.

Menurut perhitungan PAS.., UmNo tentu sahaja boleh bertimbang rasa dgn perjuangan HUDUD kerana UmNo itu Melayu dan Melayu itu Islam.

Namun ternyata PAS masih lagi dangkal dalam conggakkan mereka.

Sejarah tahun 1974 telah menyaksikan pengkhianatan UmNo saat PAS menyertai BeEnd.

Mahukah PAS melihat sejarah itu di ulang kembali. 
Tidakkah mereka tahu yg UmNo tidak pernah mahu menerima HUDUD dan pemerintahan kerajaan Islam.

Tidakkah mereka sedar bahawa UmNo sudah berkali-kali mempergunakan slogan Islam dan Melayu bersatu tanpa niat dan pendirian yg ikhlas.

Tidakkah mereka fikir PAS akan sekali lagi di tinggalkan bila UmNo sudah berjaya mengekalkan kuasa dlm PRU14 nanti.

Mengikut tafsiran kepala otak aku..,Ulama PAS punya permahaman bahawa jika mereka masih bertahaluf siyasi bersama-
sama PR dan ditakdirkan mereka mati nanti..,tentulah Allah tidak akan memaafkan mereka dan amalan mereka tidak akan diterima kerana tidak berjuang bersungguh-sungguh mendaulatkan HUDUD....

Tidakkah mereka faham dan mahu mengerti bahawa dlm negara yg Melayu Islamnya masih tegar dgn fahaman Assobiyah dan rakyat bukan melayu punya pandangan negatif terhadap HUDUD...
Perjuangan mereka adalah keseluruhannya sia-sia.

Cukup-cukuplah wahai Ulama PAS yg aku sangat hormati....

Cukup-cukuplah merasakan PAS mampu menengakkan HUDUD dlm sebuah negara yg belum benar-benar Merdeka...

Sudah-sudahlah berfikir dlm kira-kira  sel-sel otak yg belum berhubung...

Jgn merasakan HUDUD itu kelangsungan anutan Islam..., sedangkan pemerintah zalim itu masih kalian sembah.
 
Pakatan ini sudah semakin kuat dlm membentuk kerajaan baru...

Pakatan ini sudah semakin teguh dalam ideologi merakyatkan pemerintahan...

Pakatan ini sudah semakin erat dalam menyemai rasa penyatuan bangsa dlm satu suara yg sama...

Pakatan ini harapan rakyat miskin utk merasai ketulusan pentadbiran sebuah Kerajaan Berkebajikan....!!!

Di akhir penulisan ini.... 
Aku ingin sekali bertanya pada Ulama PAS.... 

Apakah solusi HUDUD itu lebih utama dari solusi mendirikan sebuah rumah utk penghuni bangsal buruk yg pondoknya tidak layak di huni hatta oleh binatang sekalipun...!!??

Jika benar HUDUD itu yg kamu pilih utk di tegakkan terlebih dahulu....
Maka.... Tunggulah Kucing Bertanduk Kambing....

Sekian.....