Sunday, October 6, 2019

Atok Dah Tua

Atok sedar dia sangat tua dan tidak lama lagi akan kehilangan kudrat serta mati. Orang lain mungkin mengambil perkara dengan mudah, 

tetapi atok perlu cepat kerana sedar dia sudah tidak ada banyak masa lagi untuk melakukan apa yang sepatutnya dibuat untuk Boboi dan kroni di negara Pening Lalat.


Perjanjian bertulis dua tahun untuk peralihan kuasa dengan ketua parti Dolak Dalik sudah makin hampir. 

Presiden Dolak Dalik pun makin hari makin daring. Tak sedar-sedar diri walau dah dekat 8 purnama di pasung di Palong Sungai Betong.


Tapi perjanjian telah di sahkan. Kalau engkar nanti Atok pulak yang akan di bawa ke rumah pasong.

Atok naik untuk kali ke 7 sebagai Tok Bendahara pun di sebabkan oleh ombak reforbasi parti Bang Kuat.

Tapi Boboi dan geng2 open table atok sedaya mahu atok tak ikut perjanjian tersebut. Macam-macam cara geng open table cari jalan nak halang Bang Kuat dari jadi Tok Bendahara ke 8.


Atok takkan lupa sewaktu parti Nehi membuang dan mengaibkan atok tak henti-henti.

Semuanya di sebabkan Tok Bendahara baru yang ambik duit tabung sesuka hati.

Bila atok minta komisen atok dia tak layan.

Anak-anak atok berapa lama tak dapat kerja. Semuanya di bolot Tok Bendahara Baru Si Jebon dengan puak-puak dia.


Kali ini atok takkan bagi laluan pada musuh atok. 

Tambah-tambah dulu masa Bang Kuat jadi penolong atok..

Perangai kuat melawan Bang Kuat dan perangai bajet suci Bang Kuat tu menyakitkan hati atok. 

Berapa banyak projek atok terkandas di sebabkan perangai bajet suci Bang Kuat. 


Lamunan Atok di sentak dengan sapaan MaCai Kesukanan Cik Titik Sigerager.


“ Boss inkues kematian ahli selam kita Arif dah keluar. Sah dia di bunuh. Macamana boss. Rakyat dah marah dan desak MaCai  Padutangan Cik Martia Capati letak jawatan. Kita kena ambil maklum desakan ini boss.”


Bersemangat MaCai Kesukanan menyampaikan berita tergempar itu di pendengaran Tok Bendahara.

Atok Bendahara tetap diam seribu bahasa.


MaCai Kesukanan turut terdiam sama. 

Suasana jadi sepi seketika.

Titik Sigeragar hanya memerhatikan tingkah atok. 


Lama atok diam tiba-tiba atok bersuara dengan bersemangat.


“ Pergi ke Sekolah Melantun Jilat dan suruh dukun di situ buat satu program or so on yang merujuk kepada kaum kita

 “Maruah Meleweh”. 

Masa ni la kita harus tunjukkan pada rakyat bahawa kaum Meleweh menyokong terus parti kita.”


“ Kes inkues Arif bos..!?”


MaCai Kesukanan macam tak dengar arahan atok.


“ Cai... hang memang muda lagi. Tapi kena belajar dengan cepat. Kalau hang selow... parti kita akan berkubur. Tengok anak-anak buaya parti Dolak Dalik semua tengah mengendap tunggu peluang.”


Atok berleter macam opah tak jumpa gobek sirih.


MaCai Titik Sigeragar menung panjang...mencari sebab yang terasa-rasa macam dia faham.


Tiba-tiba MaCai menjerit kecil...


“ Oh..... saya faham atok. Patutlah masa kita lantik barisan ahli meja kerusi hari tu atok minta senarai MaCai yang sangap jawatan dengan Macai kuat rasis. 


MaCai ni tak nampak yang kita gunakan mereka untuk buat rakyat tolak HP. 

Bila rakyat hentam kerajaan HP sebab tak tunai janji dan tak perjuangkan Meleweh...

Kaum Meleweh akan bangkit dan marah. 

Masa ni la kita ambil kesempatan untuk raih sokongan mereka.

Mereka tak tahu sebenarnya boss sengaja mungkir janji.

Boss ada planning baru untuk kekalkan jawatan Tok Bendahara. Alamat Bang Kuat jadi bakal Tok Bendahara sampai kesudah. Betul tak Boss..!?”


Bedekah-dekah MaCai Kesukanan ketawa sehabis mengulung hujah bengap dari IQnya yang tak berapa nak genius.


Atok menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan.

Bukan atok tak setuju tapi banyak lagi muslihat atok yang si bengap MaCai Kesukanan ni tak berapa tahu. Takpa laa. Dia muda lagi.


“ Dah-dah..pi Sekolah Melantun Jilat cepat. Suruh dia kerah budak-budak ngaji joint program ni. Lepas tu hantar surat kat Lebai Malang, Tok Peti yang antor warkah tempohari, Cai-Cai parti Nehi yg sokong kita. Nanti secara tak langsung anak-anak buah depa semua hadir dengan sendiri.”


MaCai Kesukanan terus berpusing mahu menjalankan arahan dengan cepat.

Tapi terhenti bila Tok Bendara bersuara.


“ MaCai Kem Tahan hang jemput last minit. Jemput awal-awal nanti Lebai Malang tak mau datang pulak. Depa kan bergaduh sakan aritu.”


Arah atok perlahan.


MaCai Kesukanan masih berdiri tak berganjak. Kepalanya ligat berfikir.


“ Ha..dah kenapa tak pi lagi..!?”

Sapa Tok Bendahara kehairanan.


“ Bang Kuat kita tak jemput ke boss..!?”


“ Hang ni...kalau aku kata bodoh marah. Syuh-syuh...Pi cepat...”


Jerkah atok tak padan dengan umur tua merenta.