2 April 2015
Aku terasa sedikit berat hati mahu pergi bercuti kali ini...
Hatiku berbelah bahagi.
Sama ada ingin melawat ibu mertua yg masih terlantar di hospital Ipoh atau meraikan hari lahir anak sulungku Ainur Syuhadah.
Memikirkan sejak thn lepas;
simtom sakit buah pinggang emak semakin parah dan semenjak itulah kami suami isteri sering berkejar ke kampung setiap kali emak di masukkan ke hospital.
Tapi kali ini aku merancang pulang ke Ipoh sedikit lewat setelah balik dari bercuti nanti.
3 April 2015
Setelah seharian penat melayan karenah anak2 di pantai dan kolam...
Kami ke Bandar utk makan tengahari.
Sewaktu dalam perjalanan pulang ke resort..,
kami berbual mengenai beberapa hal ehwal semasa...
Dari jauh kelihatan seekor anjing putih ingin melintas jalan.
Cik Nuar memperlahankan kenderaaan..
Namun anjing itu hanya berdiri di seberang jalan sambil memandang ke arah kereta kami.
Dalam waktu yg sama., tak semena-mena perasaan mengantuk aku datang.
Aku terus pejamkan mata dgn niat mahu lelap seketika.
Tak sampai 10 saat aku terlelap...
Tidurku dikejutkan dengan bunyi dentuman dari arah belakang kereta.
Aku fikir tayar kereta kami pecah atau terlanggar sesuatu yg besar.
Aku dapat merasakan kereta seakan di tolak laju, tidak tentu arah dan semakin tidak terkawal.
Pandangan di hadapan kereta kami kosong.
Langsung tidak nampak apa2.
Aku toleh ke arah suamiku.
Cik Nuar ku lihat begitu fokus dan bersungguh mengenggam stereng dan mengawal kereta dari berpusing.
Ya Allah...
Walau dalam situasi yg sangat cemas dan mendebarkan itu..
Allah memberikan aku dan Cik Nuar jiwa yg sangat tenang.
Kami langsung tidak bersuara.
Tapi aku sangat yakin kami tidak berhenti berdoa.
Bunyi brek yg di tekan Cik Nuar bersatu bersama bunyi teriakan, jeritan dan tangisan anak2 di bangku belakang.
Kereta terasa berpusing berberapa kali di atas jalan...
Menyonsang arah, membidas dan melelong ke kiri dan ke kanan dgn sangat laju.
Aku lihat Cik Nuar mengawal stereng dgn sangat payah.
Stereng kereta seolah2 terkunci dan penglihatan kami masih kosong.
Aku tiba2 tergerak memegang stereng dan turut memaut mengikut gerak arah tangan Cik Nuar.
Dalam sekelip mata pandangan di hadapan kami terlihat tembok dinding yg berada di bahu jalan.
Aku mendorong Cik Nuar menolak stereng ke arah sisi tembok tersebut.
Dalam fikiran aku.., tindakan ini sangat wajar bg mengelakkan keadaan yg lebih buruk jika kami bertembung dgn kenderaan dr arah hadapan.
Melanggar tembok dari sisi kenderaan boleh mengurangkan impak kelajuan dan risiko kereta terbalik.
Pada masa tersebut aku bulat hati, yakin dan berserah sepenuhnya pada takdir Allah.
Jika kami terselamat atau tidak... Aku redha...
Tetapi biarlah Allah memelihara kami sekeluarga dlm rahmat,kasih sayang dan pengampunanNya.
Gerakan itu rupanya kunci pada keadaan panik tersebut.
Kebetulan bahu jalan yg terdiri dari pasir tebal menjadi penebat tayar dr bergerak.
Kereta akhirnya berhenti di atas bahu jalan arah bertentangan dan betul2 berada di sisi tembok tersebut.
Aku toleh ke belakang kereta dan melihat suasana di selebungi pasir2 halus dan debu yg sangat tebal.
Aku berdoa agar tiada kenderaan yg lalu pada waktu itu.
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...!!!
Hilang saja hujan debu.....
Semua kawan2 yg berada di kereta hadapan dan belakang berlari menerpa ke arah kami.
Wajah masing2 pucat tak berdarah.
Bila mereka melihat wajahku mula mengutum senyum...
Masing2 mengurut nafas lega...
Mereka berkata keadaan yg berlaku tersebut benar2 sangat bahaya dan mendebarkan.
Bila mereka memeriksa keadaan kereta, tayar dan jalan yg kami lalui..,
mereka semua jadi pelik dan tidak percaya apa yg mereka lihat.
Semuanya berada dlm keadaan baik.
Kereta tidak rosak dan Alhamdulillah kami semua selamat tanpa cedera.
Imam Al-Ghazali Rahimahullahu Ta‘ala berkata:
“Jika ada orang bertanya, apa manfaat doa itu padahal qada (ketentuan Allah) tidak dapat dihindarkan.
Ketahuilah bahawa qada juga boleh menghindarkan suatu bala dengan berdoa.
Maka doa adalah menjadi sebab bagi tertolaknya suatu bala bencana dan adanya rahmat Allah sebagaimana juga halnya bahawa perisai adalah menjadi sebab bagi terhindarnya seseorang daripada senjata dan air menjadi sebab bagi tumbuhnya tumbuh-tumbuhan di muka bumi.”
Perkara ini diperkuatkan lagi dengan firman Allah di dalam surah Ar-Ra‘d ayat 39 yang tafsirnya :
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya.
Dan (ingatlah) pada sisiNya ada ibu segala suratan.”
Syukur Ya Allah kerana menyelamatkan kami sekeluarga dari musibah dan kecelakaan yg lebih teruk...
"Sajada wajHiya lilladziy
kholaqohu washawwaraHu
Wasyaqqo sam'aHu
wabashoroHu bihaulihi waquwwatiHi fatabaarokaLLaaHu ahsanul khooliqiyn."
("Daku bersujud kepada Allah yang menjadikanku, memberikan pendengaranku dan penglihatanku dengan Kekuasaan-Nya dan Kudrat-Nya. Maka Maha Suci Allah, Dialah sebaik-baik pencipta kejadian.”)