Sunday, October 4, 2015

Budak Nakal

Masa aku sekolah dulu.,ada seorang Cikgu bimbingan dan kaunseling namanya Cikgu Alias.
Beliau punya kepakaran yg sangat tinggi dlm menyelesaikan masalah displin dan psikologi pelajar.

Kebolehan beliau yg sangat di gemari ialah meneka kerjaya pelajar-pelajarnya dengan gaya sangat konfiden
Beliau sebenarnya sangat bijak membaca pola perlakuan dan menganalisa kemampuan pelajar dalam pembelajaran.
Aku tau..., itu taktik motivasi dan dorongan utk pelajarnya berusaha lebih kuat utk mengejar cita-cita.

Aku ingat lagi bila kawan-kawan berebut bertanya pada Cikgu Alias apa kerjaya mereka akan datang.

"Cikgu...cikgu....nanti dah besar saya akan jadi apa...!?"

" Kamu... Leman nanti jadi cikgu.... Kamu Poah jadi doktor. Kamu Senah jadi wartawan. Kamu Bidin jadi askar. Kamu.... Kamu... Kamu........"
Lancar sekali tekaan Cikgu Alias tentang kerjaya anak muridnya nanti.

Setelah hampir semua pelajar selesai bertanya pd Cikgu Alias..., baru aku memberanikan diri bertanya... 
Bukan aku takut..., cuma aku tidak suka bila orang membaca diri aku.

Cikgu memandang wajahku yg comot dalam-dalam.
Dengan tudung senget benget yang aku tak pernah peduli.
Dengan baju kurung kain keras yang mak jahitkan sendiri.
Aku kelihatan sangat bersahaja.

" Kamu Siti...... Kamu boleh jadi apa sahaja yg kamu suka..."
Jawab Cikgu Alias dengan sebuah senyuman yg aku tak mengerti maksudnya waktu itu.

Cikgu mungkin mahu aku bertanya lebih lagi.
Tapi latar belakang diri yg agak buruk membuatkan aku sudah tidak mahu bertanya...

Memang aku pelajar pintar tapi aku sangat nakal.
Aku tidak pernah mengulangkaji pelajaran apatah lagi menyiapkan kerja sekolah.
Aku selalu ponteng kelas dan melepak di dalam kelas lain atau aku akan ke library utk menghabiskan masa-masa terluang.
Kebiasaannya aku dan bayang-bayangku sering kelihatan di padang sekolah.

Namun aku masih di beri penghormatan dan tanggungjawab utk mengalas tugas sebagai pengawas sekolah dan pelbagai jawatan yg di angkat oleh peminat dan pendamba personalitiku.
Aku seolah-olah fenomena dan tarikan yg sangat kuat.
Aku sangat popular dengan idea-idea gila dan perilaku yg gila-gila.

Waktu usia aku yg baru menginjak 16 tahun dengan ujian hebat yg berlegar dlm hidupku sekeluarga...
Aku sudah tidak mampu berimpian dan bercita-cita.

Tetapi setelah habis SPM dgn keputusan yg cukup-cukup makan aku diterima menyertai rekrut TUDM.
Itulah satu-satunya impian dan keinginan yg aku gengam dari sejak langkah-langkah terakhirku di sekolah.
Tetapi aku tidak terus berada di sana kerana hatiku berat utk keluar.

Setelah menginjak usia 18 tahun dan aku sudah mampu berfikir dengan waras.
Aku sudah mula merangka masa depanku sendiri.

" Kamu Siti.... Kamu boleh jadi apa sahaja yg kamu suka..."

Kini usiaku 38 tahun.....

Aku sudah membuktikan pada diriku sendiri...
Aku boleh jadi apa sahaja yg aku mahu....
Aku sememangnya lahir untuk menakluk dunia dengan caraku sendiri.

Senyuman Cikgu Alias dulu berlegar-legar di fikiranku....
Aku tahu..... Aku faham.... Aku mengerti....
dan aku sangat pasti....

Pagi ini aku senyum sendiri......😊☺️😉