Aku mahu memperkatakan sesuatu tentang PAS...
Mungkin ianya sedikit kontroversi tetapi In Sha Allah..,,, mudah- mudahan menjadi sedikit pencerahan minda.
Walau aku bkn siapa-siapa tetapi percayalah pandangan seorg rakyat yg tidak punya apa-apa kepentingan adalah pandangan yg paling ikhlas...;)
PAS- Atau nama asalnya Persatuan Islam Se-Tanah Melayu danTuan Haji Ahmad Puad selaku bekas ketua Biro Agama UmNo menjadi Presiden yang pertama.
Sebuah pertubuhan yg terhasil dari Persidangan Alim Ulama Tanah Melayu kali kedua yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur, pada 15 Ogos 1951.
Persidangan ini telah mencapai persetujuan untuk menubuhkan Persatuan Ulama yang terpisah dari UmNo.
Sebenarnya PAS wujud di sebabkan
segelintir ulama yang berada dalam UmNo yang tidak berpuas hati dengan UmNo,khususnya dalam isu mewujudkan judi loteri.
Ketegasan tokoh ulama menolak kewujudan judi yang diharamkan oleh Islam, mendorong mereka meninggalkan UmNo.
Pada peringkat awal penubuhannya, PAS dilihat sebagai sebuah parti Melayu yang memperjuangkan hal-ehwal Islam melebihi dari apa yang dilaksanakan oleh UmNo.
Didokong oleh para ilmuan agama, PAS adalah parti yang menjadi pilihan bagi orang-orang melayu yang berpendidikan agama.
Namun setelah berlakunya Tragedi 13 Mei 1969, PAS telah menerima cadangan UmNo untuk bergabung didalam perikatan yang baru yang dinamakan sebagai Barisan Nasional (BN).
PAS adalah diantara parti pengasas BN.
Penglibatan PAS didalam BN berakhir dengan krisis darurat di Kelantan pada 1978.
Akhirnya PAS mengambil keputusan untuk keluar dari BN.
Para penyokong PAS mengganggap bahawa UMNO telah mengkhianati mereka.
Para penyokong UMNO pula berpendapat PAS telah tidak patuh pada ketetapan BN.
<<< Sedikit info di atas adalah perkenalan kpd sebuah "parti tua" yg berjuang demi menubuhkan sebuah negara yg berpaksikan undang- undang islam.
PAS yg seusia dgn parti UmNo sejak
dari pilihan raya yang pertama dalam tahun 1955, tidak pernah memenangi pilihan raya di peringkat persekutuan.
Namun PAS mampu memenangi dan menawan negeri- negeri yg mempunyai "jati melayu" yg kuat seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Persoalannya...,,, mengapa hingga sekarang PAS masih tidak mampu menawan pentadbiran pusat dan membentuk Kerajaan Persekutuan..!?
Kalau di lihat pd populasi penduduk di Malaysia..,orang Melayu sebagai kaum terbesar dengan bilangan 14.2 juta orang merangkumi 50.1% daripada jumlah penduduk.
Maknanya jumlah pengundi melayu jg tentulah yg tertinggi.
Tetapi PAS masih sukar utk menawan hati pengundi- pengundi melayu yg tentunya adalah pengundi islam.
Kita gantungkan persoalan itu sebentar...;)
Aku mahu membawa anda semua berfikir di luar kotak logika:-
-PAS pernah bersama BeEnd dlm perjuangan..,tetapi 'ditendang keluar' pada 1977.
-PAS pernah berkoalisi dengan Semangat 46 membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dalam pilihan raya 1990.
- PAS jg pernah berkomplot di saat akhir dgn PKR dan DAP dlm membentuk Barisan Alternatif.
-Kini PAS sekali lagi bergabung dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Tahukah kalian DSAI pernah menolak pelawaan utk menyertai PAS sewaktu menerajui ABIM.
Bukan kerana DSAI tidak menyenangi PAS tetapi kerana beliau adalah seorang pencatur politik yg sangat HEBAT...
Beliau lebih rela memilih UmNo walau tahu UmNo adalah sebuah parti yg sangat rosak namun lebih mendapat kepercayaan org melayu yg punya minda bawah "PAR".
DSAI hanya perlu berkerja kuat dari dalam parti utk mengukuhkan kuasa dengan tidak perlu bimbang kerana punya sokongan yg kuat dr org melayu di luar parti.
Waktu ini PAS sudah jadi sedikit terdiam dan terduduk kerana usaha DSAI seakan mampu mencapai matlamatnya...
Niat utk menyuci dan mengislamkan UmNo hampir tercapai...
Tetapi hajat DSAI hangus di persimpangan sebuah komplot syaitan yg terbakar...!!!
Orait.... DSAI setelah di aniaya dan di penjara sepatutnya mengerah dan mengarahkan seluruh pengikut dan pendokong REFORMASI utk bersama- sama dlm perjuangan PAS.
Namun yg terjadi adalah sebaliknya. Beliau dgn penuh yakin menubuhkan sebuah parti baru yg di terajui oleh seorang wanita yg langsung tidak punya kredibiliti apatah lagi kemampuan utk menerajui sebuah parti politik.
PKR yg wujud dari sbh momentum Kebangkitan Rakyat Sedar bukan shj di cop "Parti Protes" yg tidak mampu bertahan lama.
Tetapi sebaliknya yg berlaku...
PKR telah di terima bkn shj oleh org melayu, tetapi semua bangsa di Malaysia.
Percaturan DSAI adalah yg terbaik dlm sejarah politik tanahair.
Penubuhan sebuah parti yg terbuka tanpa prejudis bangsa dan agama serta jauh dari fahaman rasis adalah sebuah parti yg di dambakan oleh rakyat Malaysia sekian lama.
DSAI sudah lama tahu...,,, PAS walaupun sebuah parti Islamik yg sangat berintergriti dan terbaik pentadbirannya tetap tidak pernah mampu membeli jiwa pengundi melayu islam apatah lagi pengundi bangsa lain.
Sejak wujud kerjasama "Pakatan Rakyat" antara PAS, PKR dan DAP..,, barulah rakyat pelbagai kaum dan agama mula terbuka dan memandang perjuangan PAS sebagai sebuah perjuangan rakyat yg sangat adil.
PAS yg rela menukar slogan
" Negara Islam" kpd " Negara Berkebajikan" utk memperkukuhkan kuasa dan sokongan akhirnya sudah tampak tersepit dan tertekan dgn provokasi beberapa pemimpin atasan yg "lupa" bahawa mereka tidak mampu berdiri sendiri dlm perjuangan menumbangkan sebuah "Parti Nyanyuk" yg masih di dokong kuat sebahagian besar orang melayu.
Pimpinan tertinggi PAS sudah mula mahu kembali kpd perjuangan lama PAS membentuk Malaysia sbg sebuah negara Islam.
PAS mula kelihatan semakin "Tegar"
dlm perebutan kuasa dan kerusi pada PRU 13 ini.
Sudah mulai kedengaran suara-suara ghaib yg semakin lantang menolak dan memprotes pendekatan DSAI yg sedia berkomplot dgn apa shj parti dan pertubuhan yg menolak UmNo.
Ada jg usul rahsia yg menolak persetujuan awal utk melantik DSAI sbg PM ke 7 jika PR memenangi PRU13.
PAS semacam terpengaruh dgn provakasi dan tuduhan kotor UmNo bahawa perjuangan PAS tersasar dan sesat dr akidah Islam kerana berkomplot dgn Kafir Harbi, LGBT dan Sosialis.
Kerana ingin keluar dari tuduhan dan persepsi serong masyarakat..,,
PAS mulai sedikit berkeras dlm pemuafakatan pakatan yg telah di bina sekian lama.
PAS seolah- olah merasakan semua rakyat berdiri kuat di belakang dan menyokong perjuangan suci mereka.
Tidak kah terfikir di benak mereka sebentar:-
bahawa sejak berpuluh- puluh thn PAS tidak pernah mampu berjuang seorang diri dlm mengharapkan dokongan orang melayu islam apatah lg sokongan bangsa lain...!!!
PAS jangan mudah termakan jolokkan puak " TaliBarut UmNo" yg semakin banyak berkeliaran didalam parti.
PAS harus istiqamah dan berjuang bersama-sama PR utk menurunkan "Rejim UmNo"
yg sudah semakin lumpuh kerana di asak oleh "Kuasa Rakyat Sedar".
PAS harus ketepikan semua persoalan atau kekhilafan yg berlaku didlm perjuangan menegakkan Negara Islam.
PAS harus bertenang dan berlapang dada dlm pemuafakatan Pakatan Rakyat.
Untuk menjatuhkan UmNo yg ROSAK bukan sesuatu yg mudah namun tidak jg mustahil.
Mujurlah kekuatan PAS yg di terajui Tuan Guru Nik Aziz yg sudah masak dlm sepak terajang politik Malaysia masih berdiri teguh di belakang DSAI.
Beliau tahu...,,, kepintaran dan kemahiran politik DSAI yg memungkinkan PAS menjadi kuat dan gelombang kebangkitan rakyat mampu berlaku di Malaysia.
Tuan Guru punya matlamat yg besar..,,,jatuhkan UmNo parti melayu yg kononnya berjuang utk islam tetapi penuh dgn kerosakkan akidah dan penyelewengan amanah...!!!
Kini tidak sampai beberapa hari lagi semua kemungkinan itu mampu di natijahkan sbg realiti...!!!
Pesanan ikhlas aku:-
Ketahuilah wahai PAS dan semua ahli-ahli sekalian....,,, bahawa akan datang suatu waktu di dlm Malaysia ini yg org melayu akan sedar dan mula dahagakan sebuah pentadbiran islam.
Mereka akan bangkit dan berdiri dlm perjuangan menengakkan sbh negara islam tanpa paksaan dan ragu-ragu...!!!
Berusaha, berdakwah, bedoa dan bertawakal...!!!
Masanya pasti tiba..... Akan tiba...!!! Aku yakin pasti tiba...!!!
In Sha Allah....
Takbir...!!!!
Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar...!!!!
Lawan Tetap Lawan....!!!
No comments:
Post a Comment