Friday, April 8, 2016

Mati itu pasti....

Pemergian Arwah Mohd Yusof B. Abdul Hamid atau lebih di kenali sbg Mr. Os pada hari jumaat yg mulia ini membuatkan aku tiba2 teringat pada arwah abangku Nazmi B. Othman.

Kita tahu, permulaan yang baik tidak semestinya berakhir dengan pengakhiran yang baik.
Permulaan yang buruk tidak semestinya berakhir dengan pengakhiran yang buruk. 

Antara permulaan dan pengakhiran itu ada jalan yang perlu kita lalui. 
Perjalanan itulah yang perlu kita urus dan jaga. Permulaan yang baik memandu kita untuk berada di atas jalan yang baik. 
Apabila kita berada di atas jalan yang benar dan baik, pasti kita akan sentiasa mengharap dan menuju kepada pengakhiran yang baik.

Allah mengangkat darjat seseorang hambanya bukanlah bergantung kepada permulaan yang baik dalam kehidupannya, tetapi kebaikan yang dilakukan semasa perjalanan kehidupannya.
***~~~~

Abang Mi merupakan anak sulung kpd kami 11 beradik.
Tumbuh sbg anak yg sangat di senangi ramai orang. 
Dalam keluarga besar kami beliau tidak banyak ragam,rajin dan agak pendiam.

Dalam banyak urusan rumah; mak selalu mengharapkan abang kerana abah selalu tiada
kerana bertugas sbg buruh hutan.
Abang tidak pernah mengeluh...

Ya...,keluarga kami memang serba kekurangan.
Namun kenangan membesar dalam keadaan susah dan sukar tidak pernah membuatkan hidup kami merasa tidak indah.

Kami sangat senang walau hanya mampu tidur di atas sekeping tikar plastik beralaskan papan.
Kami masih nikmat menghirup sejuknya air dari muncung pili di dapur.
Kami terasa sangat mewah walau makan nasi dgn kuah tanpa ada lauk.
Kami berbangga mampu membasuh kain berbesen2 dgn kudrat tangan.
Kami bahagia menatap sebiji peti televisyen yg hanya punya dua kaler.

Ah.......... Kalian mesti berkata itu biasa... 
Hidup zaman itu memang biasa....
Tidak..... 
Waktu kami sedang tumbuh dlm usia itu negara sedang rancak berubah.
Di setiap rumah pasti punya semua peralatan elektrik dari periuk nasi hinggalah kpd mesin cuci kain.
Tapi mak dan abah tetap dgn ideologi kuno mereka. 
"Ukur baju di badan sendiri"
Mereka memang pantang berhutang.

Berbalik kpd kisah abang....
Abang sejak kecil kuat menyendiri dan bila besar dia semakin kuat menyendiri.
Namun sikap penyayang,ambil berat dan prihatinnya masih sama.
Cuma sikap abang semakin berubah bila melanjutkan pelajaran di selatan tanahair.

Sehinggalah pada suatu hari mak mendapat panggilan dr tempat abang belajar.
Mak dan abah bergegas ke sana.
Dua hari kemudian mak dan abah membawa abang pulang.

Aku bertanya pada Kak Ngah yg waktu itu sedang bercuti dr Maktab di Johor.
Kak Ngah hanya berkata bahawa abang demam kuat.

Menjelang tengahari..,aku lihat abang Mi sedang menghimpunkan daun2 kering di belakang rumah yg belum sempat lagi aku sapu.

Dia kemudian membakar daun2 itu... 
Bila api semakin marak dia mula terkinja2 menjerit2 menari mengelilingi api.

Aku melihat ke arah mak....
Aku pandang wajah abah.....
Aku tatap wajah abang dan kakak yg lain...
Aku toleh wajah adik yg sama2 melompat keriangan melihat tingkah abang Mi.
Aku yg waktu itu baru berusia 10 tahun sudah makin mengerti..............

Abang sulungku sudah tidak waras lagi.....

Sejak itu bermula episod2 penuh haru dan celaru.
Aku merasa hidup serba kekurangan dulu tidak pernah menghampakan tapi hidup dgn  keadaan abang yg tidak menentu adalah konfrantasi terbesar dalam keluargaku.

Usaha berjalan seiring masa yg berlalu....
Tak pernah jemu mak berusaha mengubati abang. 
Sehinggalah bila keadaan semakin sukar di kawal mak mulai redha bila Hospital Bahagia menjadi rumah kedua abang.

Abang dan kami hidup dalam dunia penuh demensi. 
Ada byk warna pelangi namun ada juga ribut di tengahari.

Tahun berganti tahun....

Sehingga usia ku sudah makin dewasa dan punya anak;
abang masih kekal dalam versi dunia fantasinya.

Ya...,abang Mi memang di cop orang gila namun dia sentiasa berbuat baik pada semua orang.

Kadang kala mak tak mampu juga bersabar bila ada shj kucing yg dia kutip atau orang yg susah dan tidak berumah yg dia bawa pulang.

Dia akan memberi baju2 baharu yg dia punya.,menyediakan tempat tidur di dalam bilik dan memastikan orang itu bersolat setiap hari.
Dia juga akan memaksa mak memasakkan makanan yg sedap2 buat tetamunya.

Kadang tetamu abang yg tanpa di undang itu hanya betah duduk di rumah seminggu. Kemudian akan meminta izin utk pergi mencari pekerjaan dgn di bekalkan duit oleh abang.
Abang memang sentiasa punya duit kerana adik2nya tidak pernah lupa memberi wang belanja bulanan utk abang.

Aku antara yg terlalu kasih dan selalu memberi perhatian padanya. 
Mujur suami juga antara orang yg sangat di sayangi abang kerana selalu menurut apa sahaja pemintaan dan kemahuan abang.
Mak dan abah juga sudah terlihat kuat dan tabah.
Tiada hidup tanpa ujian dan tiada iman tanpa dugaan.

Sehinggalah detik itu...
Abang mulai sakit kuat kerana menderita radang paru2 yg disyaki tibi.
Tubuh abang makin kurus dan kecut.
Kadang-kala Abang sudah tidak mampu berjalan.
Abang lebih banyak berbaring di katil.
Bila keadaan abang makin tenat mak terpaksa menghantar abang ke hospital walau abang tidak mahu.

Hari pertama di hospital...,Mak meminta sehelai lampin pakai buang kerana semua barang2 abang tertinggal dirumah. 
Nurse di hospital tidak mengendahkan pemohonan Mak walau Mak berjanji akan mengantikan semula ptg nanti.

Akhirnya Mak terpaksa pulang kerumah walau berat sungguh rasa dihati.
Sebelum pulang Mak sempat berpesan kepada doktor agar memantau abang yg berada dlm keadaan tak tentu arah kerana hampir 2 hari tidak boleh tidur kerana menahan k'sakitan. 

Mak meminta doktor memberikan abang ubat tidur.., tetapi doktor kata masih tidak perlu... 
Akhirnya Mak pulang juga kerumah kerana tiada siapa yg mak dpt hubungi utk membantu waktu itu.
Sampai dirumah jam sdh hampir pukul 4ptg. Setelah solat dan lansung memasak utk Abah berbuka puasa., 
Mak mahu bertolak ke hospital dan bercadang utk tidur disana mlm itu. 
Tetapi telefon yg berdering2., membantutkan langkah Mak. 
Dihujung talian.., mesej ringkas dari doktor menyatakan abang sudah meninggal jam 5:15 ptg jumaat pada Ramadhan ke-4 dimana hari yg sama dan waktu yg sama ia dilahirkan didunia ini 43 thn yg lalu. 

Dlm tangisan yg tak tertahan Mak dan adik segera ke Hospital. 
Melihat keadaan jasad abang yg seakan bermandikan darah Mak jadi pelik. 

Adakah abang jatuh sehingga cadarnya dipenuhi darah..? 

Akhirnya persoalan tersebut terjawab. 
Branula iaitu set line utk drip ditangan abang tercabut dan menyebabkan darah memancut keluar tak berhenti2. 
Tiada seorang nurse pun yang menyedari sehingga pesakit dikatil sebelah menjerit ketakutan. 

Doktor dan nurse berusaha utk menyelamatkan abang tetapi abang sudah kehilangan byk darah... 

Ya..., siapa yg mampu menolak ajal..., tetapi biarlah bukan kerana kecuaian pihak yg kita gantungkan sepenuh harapan utk membantu memantau keadaan pesakit. 

Abang memang pesakit mental dan sudah agak lama menderita sakit radang paru2 dan keadaannya juga sudah kronik. 
Adakah faktor itu membolehkan mereka memperlakukan pesakit seperti itu..??

Doktor yg merawat abang berkali2 memohon maaf kerana tidak sempat memasukkan darah bagi mengantikan darah abang yg hilang.

Apa yg pasti Mak dan Abah redha dgn pemergian abang dan kami sekeluarga tidak mahu memanjangkan kes tersebut. 
Sesuatu punca kematian itu hanya sebagai sebab..., dan ketentuan ajal itu sudah tersurat di Loh Mahfuz... 

“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)

Sesungguhnya kita hamba yg hanya bergantung atas redha dan ikhsanNya sahaja.
Moga abang tenang disana..., dan ditempatkan disyurga yg selayaknya utk insan sepertinya...

Amin.... Amin... Amin...... Yarabbalalamin......  





Wednesday, February 24, 2016

Hiburan

Dunia telah menyaksi dan merakamkan sejarah peradaban manusia dari zaman ke zaman.

Setiap zaman membawa pelbagai tamadun,peradaban,gimik,budaya,muzik,fesyen dan tarian.
Sejak zaman berzaman kita di hidangkan dgn seni hiburan yg di pengaruhi oleh publisiti dan tarikan dlm kehidupan pada waktu itu.

Perkara yg sering menjadi ikutan dan punya tarikan yg kuat adalah seni muzik dan fesyen.

Kita pernah berbangga dgn tarian Cak lempong.
Kuda kepang yang mistik dan misteri.
Zapin yg unik dan tarian Mak Yong yg eksotik.

Malaysia juga mengalami perubahan muzik dan budaya yg di serap dr barat.
A gogo,Disco dance,pop yeh yeh,Reggae,Brake dance,Rock Metal,Rap,Shuffle, Hip hop dan terbaru Raver.

Semua ini adalah pengaruh sementara dlm lingkungan umur anak2 remaja yg baru beralih zaman.

Masa aku remaja dulu...,setelah dipengaruhi unsur rock datang pula pengaruh muzik rap.
Aku dan kawan-kawan tak terlepas dari gelombang ini.
Kami mula menukar fesyen dari seluar ketat kpd seluar fabrik kotak2 dan jeans kaki besar.

Lagu-lagu KRU dan tariannya kami praktis setiap kali habis waktu sekolah.
Keterujaan dan fanatik anak-anak remaja dlm muzik dan fesyen adalah lumrah kehidupan.

Makanya bila aku sudah dewasa kini..., melihat anak-anak remaja yg terpengaruh seni muzik dan fesyen bukanlah satu yg memalukan atau kehinaan buat mereka.

Aku faham ujian buat mereka baru bermula.
Sbg org tua dan ibu kpd anak-anak remaja..,aku masih memberi ruang dan peluang utk anak-anak merasai erti keseronokan dan keasyikan dlm melayari zaman remaja.

Aku biarkan mereka meneroka zaman secara matang.
Bukan melepaskan mereka terbang bebas tapi harus ada pemantauan.
Jika kita beri ilmu,tarbiah dan motivasi berterusan nescaya;
mereka tidak akan hanyut dalam zaman remaja yg penuh hura-hura.

Jadi ibu bapa jgn presure.... 
Toleh sebentar pada masa lepas yg kita tinggalkan. 
Belajarlah menjadi orang dewasa yg waras dan ibu bapa yg kental...
Hidup mana mungkin berjalan seperti yg kita inginkan...
Kerana perancangan Allah lebih nyata dari perancangan kita hambaNya yg serba lemah.

Jika di tanya kpd siapa pun...,
remaja adalah zaman penuh keterujaan dlm konfrantasi tanpa kompromi...

Oraittt... Jom RAVERS.... Hahahahaha




Wednesday, February 3, 2016

Benarkah kemerlut MB Kedah berakhir...😅

Tapi yg kita doq hinggaq ni bukan pasai lce ka.. srp ka...spm ka...degree ka...
Kita teguq kepimpinan negara yg makin haru biru kelabu taik anjing.

Kita mahu politik itu melangkaui pemikiran jumud yg mengangap sesebuah parti politik itu selalu benar dan pemimpin yg meneraju negara itu selalu betul.

Kita mahu politik yang mampu membuatkan rakyat tanpa latar kepartian merasa tenang dan aman dlm sesebuah negara.

Bukan provokasi dari pemimpin yg sengaja mengucar kacirkan isu semata-mata utk mengukuhkan kuasa.

Kita impikan sebuah negara yg bebas dari telunjuk kapitalis yg memonopoli pentadbiran negara hingga rakyat semakin terhimpit dalam risiko ekonomi yg di lacurkan oleh pemimpin2 tamak ini.

Inshaallah kini gelombang kebangkitan rakyat sedar sudah semakin mampu di terjemahkan.

Kita sbg rakyat merdeka sudah berani menegur dan menunjuk jalan kpd politikus2 ini utk berubah seiring kebangkitan politik matang.

Sepohon pokok besar yg sudah lama berakar mana mampu di tumbangkan dgn sehari berkerja.

Rakyat tanpa mengira latar politik dan kepartian harus terus berkerja dan berusaha membetulkan sistem dan memperbaiki kepincangan politik negara yg semakin memburuk.

Suara rakyat adalah suara keramat...!!!

Saturday, December 5, 2015

Mati....

Minggu ini kita di khabarkan berita kematian beberapa org insan popular.
Namun kematian Yusry Eddo dan Tengku Laksamana Johor agak melankolik.

Dua darjat yg berbeza...

Namun setelah kematian dan kemangkatan riuh diceritakan kebaikkan dan kemurahan hati mereka sewaktu masih hidup.

Versi yang sama namun berlainan situasi.

Yusri mungkin tidak sekaya mana...
Berasal dari latar keluarga yg susah mungkin bukan sesuatu yang memeranjatkan untuk beliau turut terbawa perasaan insan2 yg berada dlm kesusahan. 

Peribadi beliau yg cenderung membantu insan yg memerlukan dan bersedekah adalah tindakan mulia yang mungkin ramai dari kita juga mampu melakukan perkara serupa.

Namun dalam frame kehidupan seorang penghibur dan orang yg sangat terkenal sikap yg di bawa beliau untuk kekal memandang ke bawah dan merendah diri adalah sesuatu yg jarang dapat di lakukan oleh ramai orang.

Mungkin banyak lagi amalan dan perbuatan baik beliau yang kita tidak diketahui.
Maka tidak hairanlah bila jenazah beliau di payungi awan sehingga sampai ke liang lahad.

Kemangkatan YAM Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Ibni Sultan Ibrahim Ismail juga punya ceritera indah.

Seorang pemuda berdarah raja yg begitu "humble" sekali. 
Punya perwatakkan yg sangat lemah lembut,ramah,penyayang dan sangat pemurah. 

Beliau yg di kesan mengidap kanser hati dalam usia yg sangat muda punya semangat dan iltizam yang kuat untuk merubah nasib ramai pesakit kanser yg lain.

Sikap begitu tidaklah memeranjatkan kerana beliau mungkin juga turut dibawa perasaan utk membantu pesakit2 kanser yg senasib dgn beliau.

Namun seorang anak raja berdarah muda yang berasal dari keluarga di raja yang kaya raya..,maka sikap beliau sangat jarang dapat di lakukan oleh ramai anak raja yg lain.

“Kamu sekali-kali tidak akan sampai pada kebajikan (yang sempurna) sebelum menafkahkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui” (Ali Imran 92).


Dari Anas bin Malik : 
Nabi saw bersabda, “Tiga perkara yang akan menyertai mayat;
Keluarga,Harta dan Amal Perbuatannya, 
lalu yang dua kembali iaitu keluarga dan hartanya dan satu yang tetap bersamanya, iaitu; Amal Perbuatannya.” [Hadis 1936]

Dunia itu racunnya dan zahid itu ubatnya.
Harta itu racun dan zakat itu ubatnya.
Perkataan yang sia-sia itu racunnya dan zikir Allah itu ubatnya.
Seluruh umur itu racunnya dan taat itu ubatnya.
Seluruh tahun itu racunya dan Ramadhan itu ubatnya.

Sunday, October 4, 2015

Budak Nakal

Masa aku sekolah dulu.,ada seorang Cikgu bimbingan dan kaunseling namanya Cikgu Alias.
Beliau punya kepakaran yg sangat tinggi dlm menyelesaikan masalah displin dan psikologi pelajar.

Kebolehan beliau yg sangat di gemari ialah meneka kerjaya pelajar-pelajarnya dengan gaya sangat konfiden
Beliau sebenarnya sangat bijak membaca pola perlakuan dan menganalisa kemampuan pelajar dalam pembelajaran.
Aku tau..., itu taktik motivasi dan dorongan utk pelajarnya berusaha lebih kuat utk mengejar cita-cita.

Aku ingat lagi bila kawan-kawan berebut bertanya pada Cikgu Alias apa kerjaya mereka akan datang.

"Cikgu...cikgu....nanti dah besar saya akan jadi apa...!?"

" Kamu... Leman nanti jadi cikgu.... Kamu Poah jadi doktor. Kamu Senah jadi wartawan. Kamu Bidin jadi askar. Kamu.... Kamu... Kamu........"
Lancar sekali tekaan Cikgu Alias tentang kerjaya anak muridnya nanti.

Setelah hampir semua pelajar selesai bertanya pd Cikgu Alias..., baru aku memberanikan diri bertanya... 
Bukan aku takut..., cuma aku tidak suka bila orang membaca diri aku.

Cikgu memandang wajahku yg comot dalam-dalam.
Dengan tudung senget benget yang aku tak pernah peduli.
Dengan baju kurung kain keras yang mak jahitkan sendiri.
Aku kelihatan sangat bersahaja.

" Kamu Siti...... Kamu boleh jadi apa sahaja yg kamu suka..."
Jawab Cikgu Alias dengan sebuah senyuman yg aku tak mengerti maksudnya waktu itu.

Cikgu mungkin mahu aku bertanya lebih lagi.
Tapi latar belakang diri yg agak buruk membuatkan aku sudah tidak mahu bertanya...

Memang aku pelajar pintar tapi aku sangat nakal.
Aku tidak pernah mengulangkaji pelajaran apatah lagi menyiapkan kerja sekolah.
Aku selalu ponteng kelas dan melepak di dalam kelas lain atau aku akan ke library utk menghabiskan masa-masa terluang.
Kebiasaannya aku dan bayang-bayangku sering kelihatan di padang sekolah.

Namun aku masih di beri penghormatan dan tanggungjawab utk mengalas tugas sebagai pengawas sekolah dan pelbagai jawatan yg di angkat oleh peminat dan pendamba personalitiku.
Aku seolah-olah fenomena dan tarikan yg sangat kuat.
Aku sangat popular dengan idea-idea gila dan perilaku yg gila-gila.

Waktu usia aku yg baru menginjak 16 tahun dengan ujian hebat yg berlegar dlm hidupku sekeluarga...
Aku sudah tidak mampu berimpian dan bercita-cita.

Tetapi setelah habis SPM dgn keputusan yg cukup-cukup makan aku diterima menyertai rekrut TUDM.
Itulah satu-satunya impian dan keinginan yg aku gengam dari sejak langkah-langkah terakhirku di sekolah.
Tetapi aku tidak terus berada di sana kerana hatiku berat utk keluar.

Setelah menginjak usia 18 tahun dan aku sudah mampu berfikir dengan waras.
Aku sudah mula merangka masa depanku sendiri.

" Kamu Siti.... Kamu boleh jadi apa sahaja yg kamu suka..."

Kini usiaku 38 tahun.....

Aku sudah membuktikan pada diriku sendiri...
Aku boleh jadi apa sahaja yg aku mahu....
Aku sememangnya lahir untuk menakluk dunia dengan caraku sendiri.

Senyuman Cikgu Alias dulu berlegar-legar di fikiranku....
Aku tahu..... Aku faham.... Aku mengerti....
dan aku sangat pasti....

Pagi ini aku senyum sendiri......😊☺️😉






Tuesday, September 8, 2015

Berita

Membaca ruangan berita mengenai seorang lelaki kurang siuman yg berbaring dan berdiri diatas bumbung kereta org awam dan polis membuat aku senyum sendirian.
Menurut berita lelaki itu telah di pujuk sekian lama tapi gagal.
Kadang polis ni macam tak di dedahkan dgn situasi2 dan keadaan seperti itu.

Aku teringat peristiwa beberapa tahun lalu.
Seorang gadis yg aku kenali telah membuat cubaan bunuh diri kerana cintanya di khianati.
Heboh dan kecoh suasana waktu itu.
Aku juga turut terpanggil utk melihat situasi yg berlaku.

Sesampai di rumah gadis tersebut.., kelihatan 2 buah kereta peronda polis, sebuah van bergerak polis, sebuah van bomba dan beberapa anggota yg berkumpul
di hadapan rumah.
Hati aku berdegup laju...
Apakah yg telah terjadi... 
Adakah cubaan bunuh diri itu telah berjaya....!!??

Aku melangkah ke muka pintu rumah gadis itu..dan kelihatan ibunya sedang meraung kesedihan.
Aku menghampiri dan bertanya perlahan adakah apa2 yg buruk telah berlaku...
Makcik itu berbisik sambil menyuruh aku naik keatas utk cuba memujuk "A".

Aku menghela nafas lega...
Aku mula meniti tangga demi tangga...
Tiba dia atas..,aku bertembung dgn seorang doktor yg sangat terkenal di tempat kami.
Dia kelihatan mundar mandir dgn beg perubatan di tangan dan muka sedikit cuak.
Di belakangnya seorang imam surau taman tersebut yg juga sedang mengomel sendirian.
Aku memberanikan diri utk masuk ke bilik.

Di tepi katil seorang pegawai polis wanita berpakaian preman dan di kaki katil tiga orang anggota polis berpakaian seragam dan seorang pegawai polis berpakaian preman sedang cuba memujuk "A".

"A" yg terpandang aku di depan pintu mula menjerit2 merayu aku agar tolong menghubungi kekasihnya yg sudah menghilangkan diri.

Aku mengangguk3kan kepala sambil menyuruh dia bersabar.

Aku bertanya pada polis wanita di tepi katil berapa lama "A" berada dlm situasi tersebut.
Menurut mereka sejak jam 4ptg lagi.
Aku melihat jam di dinding sudah mencecah jam 6:57 petang.

Situasi masih tidak berubah dan polis jg seakan tidak tahu bagaimana utk menghadapi bencana tersebut.

Aku meminta izin utk duduk di tepi katil
sambil cuba membaca situasi yg sedang berlaku.
Mulutku kumat kamit membaca surah2 lazim.

"A" sedang duduk mengerekot di celah katil yg rapat di tepi dinding sambil di tangan kanannya memegang sebilah pisau yg di letakkan dileher dan sebiji botol kaca pecah yg di tekan di perut dgn tangan kirinya.
Pergelangan tangan "A" aku lihat calar balar dan luka kesan kelar dari kaca botol yg pecah.

Aku menoleh jam utk kesekian kali.
Jam sudah menunjukkan tepat angka 7 malam.
Aku menghela nafas panjang dan mula membaca surah fatihah dgn lebih kuat.
Selesai bacaan aku sambung dgn ayatul qursi.
Sesekali aku memanggil nama " A" dan menyuruh dia mengucap serta beristifar bersamaku..

Aku melihat "A" kelihatan agak kendur dan pegangan pisau dan botol pecah itu sedikit longgar.
Aku menginjak duduk punggungku lebih hampir ke sisi "A".

Aku mengerling polis wanita yg kelihatan agak sibuk bercakap di telefon. 
Mungkin dgn bahagian pengurusan bencana dan tragedi. 
Empat orang anggota polis lelaki tersebut hanya diam memerhatikan tindakan aku.
Aku memberi isyarat bersedia kpd mereka.
Aku lihat mereka agak gementar...

Aku mengalihkan badan utk berada betul3 di hadapan "A".
"A" mulai menangis teresak2 dan menjerit2 agar aku tidak menghampirinya.
Botol kaca di perut di tekan semakin kuat...
Aku lihat ada darah membasahi baju "A"...

Aku berbisik perlahan..
 "A" mengucap...

Hari sudah makin senja...
Aku lihat jam sudah 7:05 malam.
Aku menghela nafas lebih keras....seraya menangkap tangan kanan "A" yg memegang botol kaca tersebut dan dgn serentak mengilas tangan kiri "A" yg memegang pisau kebelakang.

4 orang anggota polis tersebut masih belum bergerak seolah terpaku. 
Namun mereka segera bertindak setelah mendengar aku menjerit agar mereka membantu.

Alhamdulillah...
Akhirnya... cubaan bunuh diri tersebut berjaya aku gagalkan.

Sewaktu aku ingin pulang..., semua anggota polis dan bomba yg berada di bawah merenung ke arah aku sambil menundukkan kepala tanda hormat.

Aku rasa sedikit malu...
Namun dalam hati merasa agak marah dan kesal.
Aku hairan dan jadi musykil....
Mengapa mereka menguruskan tragedi itu berjam2 sedangkan aku hanya memperuntukkan masa sepuluh minit sahaja utk menyelesaikan situasi tersebut.

Yang paling aku pasti..., mereka tidak punya kemahiran utk membaca situasi dan meramal tindakan...
Mereka harus lebih belajar...













Saturday, August 22, 2015

PAS vs PR

Member aku tanya semalam... 
Dulu hang buat posting fb.., kalau ada orang komen mesti hang balas balik dgn hujah. 
Tapi sekarang hang komen guna ikon sticker jer... 
Awat....!!!?? Dah kering idea ker...!!??

********
Dak aihhhhkss....
Aku malas nk panjang2 citer. 
Aku dgn prinsip dan kepercayaan yg aku punya belum tentu dpt memuaskan hati dan isi kepala orang yg punya prinsip dan kepercayaan yg berbeza.

Biarlah masing2 berpegang pd keyakinan masing3.
Selagi keyakinan itu tidak meruntuhkan akidah dan agama..., aku okay ajer.

Lagi pun yg selalu bertelagah ni hanya puak2 totok kepartian.

Aku rakyat biasa tanpa parti yg memandang prinsip politik dr kaca mata bebas tanpa bias.

***************
Tapi.... Dulu hang lawan UmNo..., 
ok lah...
Tapi sekarang hang lawan PAS..., macam tak kena gaya jer....

*************************
Aku hanya tersenyum kelat......

Aku lawan sebab PAS rakan PR yg tidak jujur dan terlalu byk mengkianati rakan dan rakyat.
PAS selalu bertindak melawan arus dan bertingkah tunggang terbalik atas prinsip agama dan bangsa kononnya.

PR sudah selangkah utk merubah sosio politik Malaysia....
Tapi PAS masih bermain politik ala kampung di atas penderitaan rakyat yg semakin tenat berjuang utk survival di bumi sendiri....

Tapi........ Sebenarnya PAS bukanlah parti yg teruk mana pun. 
PAS masih relevan....
Dengan syarat.....
Pemimpin "Pandir" harus di turunkan....

Namun..., buat masa ni aku tetap tolak PAS sebab PAS bukan lagi rakan PR....

Aku bukan penjilat mana2 parti.....

Aku cuma salah seorang pendokong kuat PAKATAN RAKYAT.

Atas prinsip kenegaraan.....
Keadilan dan Negara berkebajikan....
Aku tetap berjuang atas nama rakyat...

HIDUP RAKYAT..........!!!!!!!!!!!!!