Wednesday, March 31, 2010

Hidup ini ujian

Kalau ingin berbicara tentang hidup.... Takkan pernah habis. Kalau bercakap tentang masa silam banyak sekali yang ingin diperbetulkan..,kalau ingin merancang masa depan begitu sarat dengan impian dan angan-angan..,kalau semuanya mampu kita olah..,akan kita anyam dan gubah dengan corak dan pelangi indah... Tapi...Hidup ...bukan semudah itu. Kita hanya mampu merancang... Kita hanya bisa mengaturkan...kita hanya boleh berimpian ..kita sebenarnya hanya... pemain wayang yang sudah diberi watak dan jalan cerita. Masihkah kita ingin bicara tentang hidup..? Kerana kehidupan itu adalah drama yang tidak pernah tamat selagi nafas masih mampu berlari... Lantas..,jalanilah hidup yang telah ditakdirkan serta berdoa...,mudah-mudahan Allah hanya memberi qada' yang terbaik untuk kita. Tapi.... adilkah hidup andai kita mendapat yang terbaik sedangkan kehidupan ada bahagia dan ada derita. Nah...kitaran hidup tak pernah berhenti..,kata orang bijak pandai.,hidup umpama roda. Kadangkala kita dibawah dan kadangkala kita di atas. Ramai juga yang berkata hidup ibarat bermain judi. Kadang kala kalah dan kadang kita menang loteri. Namun... biar berbagai andaian dan kupasan tentang hidup... Yang paling pasti HIDUP ITU UJIAN.... Allah menciptakan manusia hanya untuk percaya dan beriman kepada Nya. Walau setiap kita diduga dan diuji dengan pelbagai perkara dan peristiwa ... Yakinlah...Allah itu tidak pernah kejam...,kerana Dia menguji setimpal dengan fitrah dan kekuatan hambaNya. Selalulah bersangka baik dengan Allah... Berdoalah agar kita bisa kuat dalam mengharungi kehidupan ini. Hari ini kita masih bernyawa...esok lusa mana tahu kita dijemputNya. Perjuangan harus berterusan. Berjuanglah untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.,suami isteri yang taat...,ibubapa mithali dan hambaNya yang dirahmati. Berusaha...berusaha...berusaha...berdoa dan bertawakal...Nescaya hidup akan ada manisnya....

Tuesday, October 27, 2009

Kecoh lagi...DUN Perak


Serabut otak dibuatnya... Dari semalam teman dedor memikirkan apa yang akan terjadi di DUN perak ari ni... Dok nengok2 gak blog2 terkini terutama kelolaan Yb Idham Lim yang sering di up date tu. Geram bercampur marah di buatnya. Di manakah demokrasi dan kedaulatan undang2 yang di junjung oleh setiap rakyat di Malaysia...? Terkuburkah sudah demokrasi di negeri timah bertuah ini..? Oh... kalaulah ini cerminan pemerintah yang ado...,maka tak salahlah kalau teman katakan kita kembali ke era komunis... Bezanya dulu komunis berperang di dalam hutan..,tapi komunis Malaysia sekarang berperang didalam DUN... Kome sendiri pikir le... Teman udah tak kuasa...!!!!

Sunday, October 11, 2009

Tan Sri Isa Samad menang di Bagan pinang.


Bila beliau di umumkan sebagai calon yang akan bertanding di Bagan Pinang..,aku tersenyum sendiri. Kali ini PM Najib membuat keputusan yang sangat bijak. Setelah bermacam asakkan dari pemimpin-pemimpin atasan UMNO supaya tidak memilih beliau...,akhirNya PM Najib mendengar suara dari akar umbi Di Bagan Pinang. Kali ini aku sudah dapat menjangkakan bahawa Pakatan Rakyat mesti akan berdepan dengan jalan sukar...
Walau ramai menyatakan bahawa Tan Sri Isa merupakan liability terhadap BN..,tapi sebenarnya di Bagan Pinang beliau merupakan kekuatan BN itu sendiri. Apabila suara akar umbi bersatu dengan hanya mencalonkan Tan Sri Isa Samad..,maka bermulalah jentera BN yang paling kuat..,paling gagah dan paling berkesan dari semua siri Pilihanraya Kecil yang lalu. Malahan tidak dapat di sangkal bahawa jentera kali ini mungkin yang terbaik dari Pilihan raya Umum ke 12 lalu.
Tapi kali ini Pakatan Rakyat terlalu bermain api. Tanpa sedar Pakatan Rakyat hanyalah mentimun yang cuba beradu tenaga dengan durian. Nah...kerana mengikut rentak BN...,akhirnya Pakatan Rakyat terlupa membawa inspirasi yang boleh di terima oleh penduduk-penduduk di Port Dickson.
Ditambah dengan peralihan sokongan dari pengundi India dan penubuhan Parti Makkal Sahkti yang dirasmikan oleh PM Najib...Pakatan Rakyat masih lagi termanggu-manggu mencari killing points.
Akhirnya apa yang berlegar di fikiranku terjadi jua.... Tan Sri Isa Samad menang dalam majoriti undi yang sangat lebar. Bagi BN dan UMNO ini merupakan kemenangan yang sangat-sangat di dambakan dan bagi Pakatan Rakyat ini adalah kekalahan yang memeritkan dan bagiku ini adalah pemulaan untuk sebuah perjuangan yang panjang....

Thursday, October 1, 2009

Hari Raya Aidilfitri


Hai.... Syawal sudah seminggu di lewati... Namum masih terasa kemeriahannya... Balik beraya di kampung.,Perak. Tahun ni beraya di rumah ibu mertua di Seputih,Parit. Sibuk menyediakan juadah untuk keluarga. Antara yang tidak pernah di lupakan suasana ketika membakar lemang... Tak lain tak bukan suamiku antara yang paling sibuk sekali... Tak ada suasana raya katanya...kalau lemang dan ketupat tidak di sediakan... Walau hujan petang raya itu turun mencurah-curah... suamiku masih setia dengan lemangnya. He..he..he....

Hari raya pertama kami sekeluarga sempat menyergah makcik suami ku yang berada di Sg. Petani. Hampir 5 tahun aku tak menginjak rumahnya. Merasalah suasana hari raya di negeri Jelapang Padi. Mlm kami bertolak pulang ke Perak.

Hari raya ke 3 aku kerumah keluargaku di Kg. Tersusun Sg. Siput pula. Aku dan suami selalu membuat perancangan hari raya yang meriah untuk diraikan sesama keluarga. Kalau tahun ni kami beraya di Seputih.,Hari raya ke 4 kami akan membuat rumah terbuka di sg.siput pula. Adik beradik.,seluruh keluarga akan berkumpul. Kesempatan itu juga kami akan mengadakan majlis kenduri kesyukuran.Terasa meriah dan bahagia sekali Hari raya yang kami sambut.

Tahun ni adik ku Atikah membawa 2 ekor kambing untuk dijadikan juadah. Pelbagai menu dan juadah yang sedap2 di sediakan bonda. Hai....sedapnya menjamu selera...

Tup2.... bila dah nak berangkat pulang ke JB aku diserang Asma yang teruk. Aku dikejarkan ke Hospital Sg.Siput pada jam 2 pagi. Setelah hampir 3 kali aku menyedut gas nebulizer untuk menghilangkan asma...tapi masih belum lega2 lagi. Doktor telah mengarahkan aku di tahan di wad untuk rawatan lanjut. Waktu tu oksigen tinggal hampir 60% sahaja. Aku jadi betul2 tertekan.... Darah pun naik sampai 160/70 hp. Tapi.... kelibat wajah suami sedikit sebanyak mententeramkan jiwa ini..... 3 hari dirawat di hospital akhirnya aku berjaya mengatasi masalah tersebut. Aku benar2 bersyukur... kerana dugaan ini benar2 mengubah pemikiranku supaya lebih mementingkan kesihatan. Insyaallah aku aku cuba mengurangkan berat badan untuk menghindari penyakit2 yang berbahaya. Ya Allah... kau tetapkanlah semangatku... Amin....

Monday, August 24, 2009

Kartika dan Popularitinya...

Aku sendiri kurang faham situasi yang melanda kenalan ku ini. Melihat akan senario tersebut aku tersenyum sendirian. Si pesalah sudah bersedia menerima hukuman tetapi ada pihak lain pula yang ingin turut serta menjadi jaguh untuk menyelamat kan Kartika dari menjadi mangsa ketidak adilan hukuman syariah di Malaysia. Namun yang pasti Kartika selepas ini akan menjadi sebaris dengan personaliti popular Malaysia. Atas dakwaan yang membawa aib bagi pesalah syariah.., sekarang beliau kelihatan seakan-akan menjadi mangsa penganiyaan.
Oh Malaysia ku yang tercinta....
Apa sahaja perkara yang popular dan sensasi pasti ada Pak-Pak menteri atau Mak-Mak menteri yang sibuk nak interframe... Lantak kat awak ler... Si PM Najib pun sibuk nak suruh orang tu buat rayuan. Namun yang pasti setelah campur tangan dari pihak PM..,kita lihat pulak lepas ni mesti si Zambry MB perak pun akan menyibuk....and than pasti hukuman tersebut akan terbatal. Aku akan tunggu samada kenalan ku Kartika akan terus merayu agar hukuman terhadapnya akan di teruskan juga. Hak...hak...hak.... Bravo untuk semua pelakon-pelakon adengan sebabak untuk menjatuhkan maruah dan intergriti badan Syariah di Malaysia.

Wednesday, August 12, 2009

UZTAZ ASRI RABBANI MENINGGAL

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH UZTAZ ASRI DARI KUMPULAN RABBANI YANG TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH HARI INI...
SEBAB-SEBAB KEMATIAN MASIH BELUM DI KETAHUI...
DOAKU AGAR ROH BELIAU DITEMPATKAN DIKALANGAN HAMBANYA YANG BERIMAN.... AMIN YA RABBALALAMIN....

Wednesday, July 22, 2009

Menemui Kartika setelah 15tahun

Setelah 15 tahun..,aku menemukan kenalanku ini di akbar. Kami sama-sama berjuang dalam pasukan Bola Baling Daerah Kuala kangsar. Beliau juga merupakan sepupu seorang penyanyi yang popular satu ketika dahulu Wan.Kartika Sari Dewi adalah satu nama yang unik. Dahulu aku sering mempersenda-sendakan beliau sebagai orang Indon. Tapi itu hanya sekadar gurauan di zaman remajaku.
Semalam aku agak terkejut kerana beliau disabitkan hukuman sebat atas kesalahan meminum arak. Aku turut terpukul atas hukuman yang beliau terima. Bukan kerana aku mengenalinya dan kerana kami sekampung...tapi kerana kesanggupan beliau menerima hukuman tersebut. Kredit harus diberikan kepada pelajar SM Raja Muda Musa ini atas kejujuran dan kesediaan beliau untuk menerima dan mempercepatkan hukuman tersebut. Atas rasa tanggungjawab dan keinsafan beliau berharap agar hukuman itu akan menjadi contoh dan iktibar untuk anak-anak muda islam. Aku tabik spring pada beliau..,atas kenyataan berani matinya itu. Membaca akbar pagi ini.,aku jadi terkasima seketika. Mengapa Dr. Lolo sebagai ahli dewan Muslimah Pas ingin mempersoalkan kewajaran hukuman tersebut. Hukuman Syariah di Malaysia walau pun perlaksanaannya tidak mengikut hukum hudud yang sebenar tetapi adalah satu permulaan untuk mendidik dan menghukum pesalah islam atas landasan islam itu sendiri. Jika pesalah tersebut tidak mempertikaikan hukuman tersebut.,mengapa perlu orang lain untuk mengkritik dan mempersoalkannya...?