Sunday, December 9, 2012

Sinambungan Cinta



Sahabatku ini seorang guru agama.,sdh berkahwin hampir 15thn...,m'punyai 4 org ank lelaki.
Aku di kejutkan dgn khabar..,dia dlm konfrantasi yg hangat kerana mahu menamatkan perkahwinannya gara2 mahu kembali kpd kekasih lamanya.

Dia mengadu di ugut dan dipukul suami kerana mahu meminta cerai.
Bukan itu sahaja..,suaminya juga menjaja cerita kecurangannya pd pihak atasan tmp dia bekerja bila dia begitu nekad dgn keputusannya...
Kini dia ditohmah dan di hina oleh org2 kg dan pekerjaannya di gantung....
Dia m'hubungi aku sambil menangis tersedu2...,bukan kerana sedar kesilapannya...,,
tp kerana tegar dgn perasaannya...
Padaku...,waktu ini nasihat dan pujukkan tidak akan diterima apatah lg diserap olehnya.
Dia di kaburi sejuta rasa cinta yg x mampu aku atau sesiapa pun padamkan.

Aku hanya mampu berpesan...,,

R..........
Perasaan adalah rasa yg lahir dr hati...
Aku tidak punya hak utk mencemuh apatah lg memarahi kamu.
Ya....,,, mmg kamu tidak sepatutnya bersikap seperti ini...
Sbg isteri dan ibu.., kamu harus mempertahankan smu yg sdh kamu miliki.
Membina sbh k'luarga terlalu payah....,tp utk merobohkannya x pernah sukar...

R.....
Percayalah....,,, rasa itu selalunya nafsu.
Nafsu itu temannya syaitan...!!!
Bila rasa itu menuntut sebuah kehancuran....,,,syaitan akan bersorak kegirangan.
Kasih...,sayang...,cinta... dan benci itu adalah hak peribadi smu org.
Kita boleh saja punya rasa itu....,,,dan org lain x berhak mempertikaikan perasaan kita.
Tapi selalulah ingat...,,, kita jg punya Allah...
Dari sudut hati dan perasaan...,,,tiada sesiapa pun yg mampu memadamkan rasa itu...
Tapi kalau kita bersungguh dan memohon hanya pada Allah....,,, segalanya bisa berubah...
Bukankah Allah sebenarnya yg menjentik hati kita bila Dia mahu...,,
Dia jugalah yg membuka dan menutup hati kita.

R.......
Hidup ini hanyalah ujian...
Kita tak selamanya mampu menongkat dunia...
Kita jg tidak pernah tahu ujung pangkal ajal kita...
Sebenarnya...,,, kamu berhak memilih hidupmu sendiri.
Tiada siapa yg boleh mengatur apa yg baik dan apa yg tidak dlm hidup kita.
Kita punya nafsu...,, kita juga punya akal.
Kita punya hati..., kita juga punya iman.
Kalau selama 15thn ini...,,,kamu kata tidak bahagia hidup di sampingnya...
Kamu punya hak utk memilih bahagiamu.
Selama kamu kuat utk berhadapan dgn tohmahan masyarakat yg akan terus menghina dan mengeji kamu...,selama kamu tega dlm waktu berpisah dgn anak2mu..., selagi kamu mampu menepis semua yg akan mendepani jln hidupmu....,,, terserah......!!!


Aku tidak punya hak utk mengajar kamu tentang hidup yg sepatutnya dan aku tidak punya hak utk m'ghukum kamu....

15 Mei 2011_ Catatan rasa ini di tulis:-




R seorg guru agama dan merupakan sahabat lama yg pernahku ceritakan kisahnya di dahulu:,

R...,,, ibu 4 anak yg pernah berada dlm konflik dua cinta.
Antara cinta kasih suaminya dan cinta berahi terhadap mantan teman lelaki yg di temui setelah hampir 17thn.

Waktu itu aku sempat berbicara dan memberi sedikit nasihat agar dia berfikir dgn waras atas tindakan yg akan di ambilnya.
Dan ternyata bicara dan kata2ku waktu itu sedikit pun tidak berbekas di hatinya.
Dia sudah buta dan hanyut dlm gelojak nafsu cinta semusim yg lalu.

Aku berkeras dlm bicara terakhirku waktu itu.
Seandainya dia benar nekad dgn keputusannya..,,ya teruskan.
Tetapi dia harus sedar selepas itu dia sdh tidak punya sesiapa lagi utk menyokong rebah bangun hidupnya nanti.
Akhirnya aku tinggalkan dia utk menentukan takdir hidupnya sendiri.

Kini setelah hampir setengah tahun.., aku sempat mengintai situasi hidupnya dari kejauhan. Bukan tidak rindu utk bertemu... Tapi....,,,aku sedikit terkasima.
Dia sdh tidak seperti dulu...
Dia sdh x berhijab lg...,,, penampilannya sgt rugged.
Tubuhnya sdh semakin kurus.... dan.......,,,
Aku semakin sebak melihat keadaannya.

Malam ini aku nekad menghubunginya....
Aku mahu tahu semua cerita suka duka hidupnya.
Di hujung talian aku sempat mendengar esak tangisnya.
Dia terlalu gembira kerana akhirnya aku menghubunginya.
Berkali2 dia bertanya...,,, apakah aku marah pdnya.
Aku hanya mendiamkan diri dan akhirnya aku yg bertanya
"Adakah hidupnya sgt bahagia waktu ini...!?"


Tangisan dan raungannya semakin kuat... Dia berkali2 menyatakan bahawa dia teramat bodoh tidak mahu mendengar nasihatku waktu itu...
Kini dia sdh bercerai dan terpaksa bercerai kasih dgn ke empat2 org anaknya.
Si bongsu yg baru menginjak 2 tahun...,,, terpaksa di tinggalkan kerana dia tidak mampu menjaganya.
Dia sgt beruntung kerana tiga anaknya bersekolah dan tinggal di asrama serta sgt cemerlang dlm pelajaran.
Mereka juga terpaksa dilepaskan bawah tanggungan suaminya.
Mahkamah mensabitkan dia tidak layak utk mengambil hak penjagaan kerana "Nusyuz"
R kini tinggal bersama keluarga kekasihnya.
Mereka akan berkahwin dlm waktu terdekat... Mudah2an.... Berbahagia hendaknya....
Namun dia masih mengeluh kesal kerana selama dia meninggalkan keluarga...,,,hati dan perasaannya tak pernah tenang..
Dia sgt sedar.....,,,semua yg terjadi adalah kesilapan dirinya sendiri...

Ah.......,,,. nasi sdh menjadi bubur sahabatku...


Yg berlaku...,,,biarlah ianya berlalu.
Utk berpatah semula mungkin ada hati yg sdh parah cedera...
Suamimu pun sdh tidak mahu kamu dlm hidupnya lg...
Hidup ini memang kejam kawanku....
Ia kejam kerana kita yg merintis jln ke arah itu.
Utk bahagia atau derita....,,,itu adalah pilihan kita....
Hidup adalah pilihan...!!
Kamu sdh tentukan hidupmu...
Kesudahannya jg di tanganmu.
Utk ke syurga atau neraka...,,,juga adalah pilihanmu.


Sahabatku tersayang....

Aku titipkan doa....,,,,agar dirimu berbahagia di samping org yg sgt kamu cintai...
Binalah hidupmu semula...
Jgn pernah berpaling dr Allah.
Doaku moga hidayah dan rahmat Allah sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu.
Setiap orang pernah melakukan kesalahan dan tiada seorang pun hamba Allah yg tidak pernah berdosa.
Mohonlah keampunannya....,,,dan
Kembalilah pd Allah....,,,Dia yg selayaknya di cintai...
 

31 Januari 2012_ Catatan ini di tulis_

Tuesday, October 30, 2012

Cerita Abah



iSusuk lelaki ini adalah bapa kepadaku. Dilahirkan 75 tahun lalu pada tanggal 13 September 1936.
Apa yg mahu ku tulis utk seorang lelaki yg ku panggil Abah...
Cerita zaman kecilnya sangat berwarna. Abah adalah kacukan Melayu dari ibu dan bapanya berbangsa Tajik dr Kabul, Afganistan.
Datuk abah yg bernama Bagh B.Chadi adalah seorang anggota polis yg bertugas dibawah Empayar Hindia-Timur British .
Masuk ke Tanah Melayu sebelum perang  dunia pertama dan bertugas sebagai Ketua Polis pertama di Balai Polis Teluk Kumbar, Pulau Pinang. 
Datuk abah juga bertanggungjawab dalam perletakkan batu sempadan antara negeri Kelantan dan sempadan Grik, Perak. 
Pada zaman pemerintahan Sultan Perak Sultan Alang Iskandar ,Datuk abah Bagh B. Chadi di anugerahkan pangkat OKKJ(Orang Kaya-kaya Jajahan) Hulu Perak. 
Berkahwin dgn org melayu dan mempunyai dua org anak. Seorang lelaki iaitu datukku Shamsudin B. Bagh dan seorang anak perempuan yg di panggil Tok Su.
                                         
Kisah asal usul Datuk abah aku  noktahkan disini…

Abah hanya mampu mengingati versi kehidupannya bersama  Bapanya Shamsudin melewati daerah-daerah sepi penjajahan Jepun di tanah melayu. 
Ibunya meninggal sewaktu abah masih kecil. Sejak itu Abah terpisah dr ketiga adik- beradiknya. 
Dua orang adik perempuan di serahkan kpd org lain kerana datuk tidak mampu menjaganya. 
Bukan kerana susah..,tapi kerana keadaan kesihatan bapanya yg memaksa.
Waktu Jepun masuk melalui Kelantan hingga ke Grik kampung di mana Abah menetap Kg. Ayer Panas...,datuk sedikit pun tidak gentar. 
Masih ke bendang mengerjakan sawahnya. 
Bila Jepun sudah mulai berani merampas beras dan makanan org2 kampung sehingga ada yg dibunuh kerana melawan...,datuk masih selesa. 
Orang-orang  kampung  byk yg sdh lari masuk ke Hutan. 
Tapi datuk masih setia berbendang. 
Bila musim menuai tiba penuh kepok padi dgn beras setinggi atap. 
Abah yg masih berumur sembilan  tahun waktu itu amat teruja melihat hasilnya.

Satu pagi  beberapa org askar jepun dgn bersenjatakan senapang dtg mengugut datuk supaya memberi beras dan makanan kpd mereka. 
Datuk sedikit pun tidak mengendahkan ugutan Jepun. 
Yg pasti salah seorang askar Jepun yg sgt kasar waktu itu terpaksa” makan penampar “ Datuk. 
Akhirnya Jepun melepaskan tembakan ke arah Datuk. 
Yg peliknya peluru tersebut sedikit pun tidak menjejaskan tubuh datuk. 
Bukan sahaja Jepun yg terkejut...,,Abah pun sama. 
Akhirnya Jepun balik lari lintang pukang. 
Barulah Abah tahu yg datuk itu orgnya KEBAL. 
Patutlah org kampung selalu tunduk pada Datuk.
Datuk bukan saja punyai tanah pusaka yg banyak malahan wang ringgit juga bertimbun. 
Askar-askar jepun yg kelaparan terpaksa membeli beras dari datuk kerana dia seorang sahaja yg sanggup berbendang waktu itu. 
Melihat Datuk yg di takuti Jepun..,org2 kampung sdh mulai berani keluar dr Hutan. 
Mereka sanggat berharap agar datuk dapat menjaga mereka. 
Ya..., memang  benar Jepun langsung tidak berani menganggu orang-orang kampung lagi. 
Akhirnya rumah Abah di penuhi karung2 guni berisi duit jepun bercop Batang Pisang.

Kisah hidup abah disamping datuk memang menarik sekali. 
Mungkin Datuk mewarisi ilmu dari orang tuanya. 
Abah masih ingat bila teringin mahu makan ikan datuk akan memasang  tangguk di kali. 
Setahu abah di situ tak pernah ada ikan. 
Hanya dgn menjentik 3 kali di permukaan air…,maka penuhlah tangguk dgn ikan bermacam-macam jenis. Ah….,,,abah teruja sekali. 
Memang datuk sangat misteri….

Namun hidup bukan selamanya indah…,,

Ya...,,hidup mana pernah lepas dari sikap tamak dan busuk hati manusia.
Suami adik perempuan datuk sgt dengki dan sakit hati pada Datuk. 
Dia sgt marah bila Datuk diwarisi dgn tanah yg banyak. 
Dia bercita-cita mahu merampas semua harta Datuk. 
Akhirnya setelah menyelidik kekebalan datuk pada tanggal September 1945 Jepun berada di akhir2 hari kejatuhan mereka di tanah melayu.., suami toksu memberitahu askar jepun yg berdendam terhadap datuk agar menembak bahagian buku lali datuk kerana di situlah titik mati bg Datuk.
Nah...,,, datuk ditembak sewaktu pulang dari pekan membawa Abah dgn basikalnya. 
Datuk jatuh dan mati di situ juga. 
Abah yg ketakutan menjerit-jerit memanggil Datuk bangun..., tetapi tiada jawapan. 
Kerakusan bapa saudaranya tidak berhenti di situ. 
Dia menarik Abah dan mengarah Jepun supaya Abah pun ditembak sama. 
Beberapa org kampung yg berada di situ menangis dan menjerit melihat Abah di perlakukan seperti itu. Tetapi Sejahat2 Jepun mereka pun tidak sanggup membunuh kanak-kanak yg  hanya berusia 9 tahun waktu itu dan tidak tahu apa-apa... 
Abah akhirnya terselamat...

Esoknya sewaktu datuk di iring ke tanah kubur utk di semadikan.., Abah berlari mengangkut guni-guni yg berisi Wang jepun dan di taburkan sepanjang jalan ke pusara datuk. 
Abah tahu sekarang dia sudah tidak punya siapa-siapa lagi di dunia ini. 
Kalau boleh dia pun mahu ikut datuk masuk ke lubang kubur.
Setelah datuk selamat di semadikan.., ibu dan bapa saudaranya  membawa dia pulang ke rumah. 
Semuanya kerana terpaksa dan malu alah dgn orang-orang kampung. 
Bermulalah detik-detik hitam dlm hidup Abah. 
Abah bukan saja didera dgn kerja-kerja berat malahan kadang kala tidak diberi makan.

Peristiwa yg paling  tidak dpt Abah lupakan waktu bapa saudaranya membawa dia ke hutan mencari kayu api. 
Dia akhirnya di tinggalkan keseorangan utk dibiarkan mati di baham binatang buas. 
Tetapi...,ajal Abah masih panjang. 
Setelah menunggu di tengah-tengah belantara gelap..,tiba2 sekelip cahaya kecil mengelilingi Abah. 
Cahaya seakan kelip-kelip itu beranjak seolah2 mengajak Abah mengikutnya. 
Abah tanpa banyak berfikir terus menuruti cahaya tersebut. 
Terjatuh dan tersungkur berkali2...,namun Abah tetap mengekorinya. 
Di hujung jalan itu barulah Abah nampak cahaya terang berbalam-balam dan sedarlah Abah dia sdh berjaya sampai di pinggir kampung. 
Akhirnya kelip2 itu pun hilang dr penglihatan Abah. 
Dgn perlahan Abah menapak menuju ke rumah Toksu. 
Sesampai di tangga Azan subuh sdg berkumandang. 
Terdengar suara Toksu yg lemah menyapa gegendang telinganya.

" Macamana lah Man boleh sesat ni!!?"

Suami toksu dgn lantangnya memarahi Toksu dgn menyatakan Abah pasti sahaja sdh mati di baham harimau. Menitis airmata Abah...,,, dia tahu bapa saudaranya itu sengaja meninggalkan dia. 
Tapi takdir Allah itu sgt pasti...,Abah berjaya pulang dgn selamat. 
Melihat abah yg sdh tercegat di kaki tangga.., bapa saudaranya jd semakin takut. 
Dia takut Abah mewarisi ilmu dr datuk. 
Keesokkan hari Abah diserah kpd kawannya yg berada di Negeri Sembilan. 
Abah dijadikan budak suruhan dan bekerja utk mendapat upah sesuap makanan. 
Mungkin bg org lain agak derita...,tapi Abah merasa sgt seronok kerana tidak lg berada dibawah pengawasan bapa saudaranya yg kejam.

Abah sering bertukar dr tangan ke tangan. 
Akhir sekali Abah tinggal di Pangkor bersama ibu angkat baru yg sgt baik. 
Di sinilah Abah dpt bersekolah dan menjalani hidup kanak2 yg sepatutnya.
Cerita zaman kecil Abah seakan cerita dogeng lama. 
Tapi itulah hakikatnya..., kalau ada yg berkesempatan boleh pergi ke kampung Ayer Panas, Grik dan cuba bertanya pd org2 tua versi cerita Abah. 
Hampir kebanyakkan org yg mengenali Abah..,pasti akan mengingati cerita tersebut...

Cerita zaman kecil Abah...,, kita tinggalkan...

Di Pangkor Abah membesar menjadi sorg penyanyi kugiran yg sgt berbakat. 
Suara abah sgt merdu dan gemersik. 
Abah selalu di undang menyanyi di rumah2 kenduri dan majlis2. 
Akhirnya hajat Abah utk jadi penyanyi terkubur bila ibu angkatnya menghalangi. 
Masih tergiang2 lg suara ibu angkat yg berpesan   " Man.., kalau kau tetap nak jadi penyanyi juga takpa lah. Tapi satu Mak pesan...,kalau dh jadi penyanyi jgn kau jejak lg rumah ni. Mak tak suka..!! " 
pesanan dan amaran itu menyentak seluruh urat nadi Abah. 
Akhirnya hasrat dan cita2 itu terkubur bersama kasih dan sayang pada org yg sgt di hormatinya.

Mulalah episod kerjaya baru Abah. 
Menjadi buruh hutan dgn gaji beberapa ringgit waktu itu memang payah dan melelahkan. 
Namun Abah bertekad utk meneruskan kerja tersebut sehinggalah berkahwin dgn Mak.
Hidup tidaklah payah atau susah kerana Abah seorg yg sangat pandai mengukur baju di badan sendiri. 
Dgn gaji yg tidak seberapa..., Abah masih dpt membesarkan 11 org anak. 
Walaupun hidup kami serba kurang tapi sedikit pun tidak terasa kekurangan tersebut. 
Rumah kami hanya ada sebuah peti tv kaler hitam putih. 
Selebihnya kami tidur beralaskan bantal dan berlapikkan tikar mengkuang sahaja. 
Itu pun dah cukup bahagia. 
Abah hanya memiliki sebuah basikal yg selalu kami lanyak bila  Abah bertugas masuk ke Hutan. 
Cerita zaman kecil kami terlalu indah. 
Serba kekurangan tapi tidak pernah terasa kurang. 
Abah dan Mak sgt kuat beribadah dan selalu mengantungkan nasib pada Allah. 
Melihat Abah dan Mak waktu itu.., kami adik beradik tidak pernah merasa derita…

Sehingga ke detik ini...,Abah adalah pesara jabatan perhutanan dgn pencen RM 450/= sebulan.
Janji Allah itu pasti...,, hidup ini ujian. 
Ujian itu tidak pernah kenal kamu beriman atau tidak. 
Semakin beriman semakin kuat ujian Allah. 
Dia mahu lihat benarkah tiada Tuhan yg disembah melainkan Dia....!!!

Dugaan yg maha besar menimpa…,

Hidup kami sekeluarga di duga dgn keadaan Abg sulungku yg di dapati histeria ditahun akhir pengajian di JB. 
Sewaktu Abg  dibawa pulang kelihatan keadaan  Abg normal seperti org biasa. 
Namun aku yg berusia 10 thn waktu itu mula faham bila melihat keganjilan abang. 
Dia seperti org sasau yg sekejap normal sekejap hilang ingatan. 
Kakak yg waktu itu bercuti dr Maktab TIJB pun mula menangis melihat keadaan abang. 
Saat itu Mak Dan Abah tak putus2 berubat utk menyembuhkan abang. 
Secara tradisional dan islamik..,abah dan mak tak pernah putus asa. 
Akhirnya bila ada sedikit perubahan…,perubatan terpaksa di berhentikan. 
Duit sudah semakin susut..,,dan abah sangat pantang berhutang. 
Kata Ustaz saka dr keturunan Abah sgt kuat. 
Abah sdh terlepas kerana sgt taat pd agama. 
Tapi saka ini akan terus- terusan menganggu abang selagi tiada yg sanggup menjaganya. 
Namun Abah sedikit pun tidak mahu mempercayainya. 
Bg  Abah segala2nya kehendak Allah. 
Pernah satu ketika abang mengamuk sakan dan disebabkan takut kejadian yg tidak di ingini Abah terpaksa memanggil polis. 
Waktu itu Mak meraung kesedihan kerana tidak sanggup melihat abang dibawa polis ke Hospital. 
Abg di tahan Di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan utk dirawat. 
Setelah sebulan Abg di bebaskan dgn jaminan dan dibawah kawalan hospital Bahagia. 
Di beri ubat utk menyeimbangkan emosi Abg yg skrang di gelar  "Skizorfernia" pesakit kecelaruan mental.

Menjaga abang sgt payah..,,, hospital menjadi rumah kedua. 
Hidup Kami sekeluarga mula berantakan. 
Mak dan Abah sdh kurang memberi perhatian pd anak2 kerana sibuk menguruskan abang. 
Kami adik beradik mula berdikari. 
Aku sdh sering keluar rumah membawa dua org adik perempuan kecil yg berusia 2 thn dan sebulan keluar bermain dirumah jiran. 
Duduk di rumah selalu di ganggu abang yg seakan memandang adik kecil ku seperti seekor kucing. 

Ah…..,,,seksa sungguh waktu itu. 

Kini kami semua sudah dewasa bersama dugaan dan ujian tersebut.
Derita Abang sulung yg menghidap skizorfernia berakhir selewat umurnya genap 43tahun. 
Setelah di jemput Allah pada petang Jumaat hari ke 4 Ramadhan tahun 2011 yg lalu. 
Abang yg mengidap radang paru2 akhirnya meninggal kerana kecuaian pihak hospital. 
Tiub air di tubuh abang tercabut dan akhirnya abang pergi atas sebab kehilangan darah yg banyak. 
Mak hanya mampu menangis dan Abah hanya redha jika itu ketentuannya.

Dalam hujan renyai di pagi Jumaat bulan Ramadhan itu abang telah di kebumikan dgn membawa sejuta cerita duka dan lara hidupnya.

Mudah-mudahan abang mendapat tempat di syurga Allah.

Dugaan tidak berhenti disitu. Abang ke 4 dan adik lelaki ke 9 yg menuntut di tahun akhir  fakulti kejuruteraan Geomatik UTM Skudai juga akhirnya di kesan menghidap penyakit sama "Skizorfernia". 
Namun kali ini Abah dan mak sdh lebih bersedia. 
Memelihara anak2 seperti ini menuntut sejuta ketabahan dan kesabaran. 
Namun Abah masih mampu mengukir senyum walau ku tahu bertapa cederanya perasaan mereka.
 
Ah......,,,, terasa berat sekali utk melakar sebuah ceritalara hidup seorang lelaki yg ku panggil Abah... 
Berat mata memandang berat lg  bahu yg memikulnya. . 
Kisah ini mungkin mengudang resah adik beradik yg lain. 
Tapi bagiku hidup ini adalah ujian dan sbg insan biasa kita tidak perlu malu dgn pandangan manusia lain kerana pandangan Allah terhadap kita lebih utama.
Mungkin bagi adik-beradik yg lain lakaran ini bisa mengaibkan keluarga…,tapi bagi aku ia hanya sebuah cerita hidup yg boleh menimpa siapa sahaja. 
Tidak perlu malu dgn ujian Allah…,selagi itu bukan namanya dosa.

Sebagai seorang anak aku amat berharap agar Allah memberi ketetapan iman yg tinggi buat abah..,memberi sedikit ruang ketenangan buat abah…,dan janganlah menduga abah dgn sesuatu yg tidak mampu di pikul olehnya. 
Ya Allah…,,,ampunilah abah..,kasihanilah abah dan limpahkanlah rahmat dan berkah mu utk abah.

Untuk abah yg tersayang…,,

Walau aku bukanlah anak yg terbaik…,namun aku sering berdoa kalau kiamat itu sudah tiba…,dan dunia ini hancur binasa….,,abah akan tetap jadi abahku sampai bila-bila. 
Aku sayang abah……. 
Allah kau makbulkanlah doaku…..

Amin……..


  Aku sudah tidak punya kata-kata lagi utk menitip kisah ini…….